Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 10 October 2012

Mamfaat Atau Talqinkan Sahaja Majlis Syura PAS


Selama PAS amat berbangga dengan Majlis Syura Ulama’ yang boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ dalam PAS. 

Menurut sejarah Majlis Syura Ulama bermula semasa era kepimpinan Yusof Rawa. Fungsinya termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7(B) “Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” malah Majlis Syura Ulama diheboh-hebohkan sebagai lebih berkuasa dari jawatankuasa pusat.

Tetapi amat sayang semenjak 2008 lagi, Majlis Syura PAS kelihatan semakin lesu tampa memberi apa-apa makna kecuali sebagai tugu peringatan yang wajar ditalkinkan sahaja. Ini terbukti apabila Majlis Syura lebih rela Hassan Ali dikorbankan demi memenuhi aspirasi Anwar dan ketuanan DAP. Termasuk menjadi bisu dalam isu LGBT, Seksualiti Merdeka, Mendukung Keselamatan Israel, Hujah Pluralisme Anwar Ibrahim dan Gerjala Murtad Berluasa.

Sekarang sekali lagi Majlis Syura berpeluk tubuh membiarkan Nasharudin terkuntang kanting berhadapan gertak dan saman Karpal Singh yang semata-mata tidak berpuas hati kepada Nasharudin bertegas soal Hudud. Situasi ini bertambah buruk apabila kuncu Ariwanas yang bertapak di dalam PAS tidak sudah-sudah mengasak-asak agar Nasharudin diambil tindakkan, dengan kaedah peralatkan Majlis Syura. Bergitu murahkah matabat Majlis Syura.

Bukan setakat itu sahaja. Persoalan yang paling besar lagi. Di dalam Majlis Syura dalam organisasi PAS telah memungkinkan kewujudan jawatan Murshidul Am, iaitu ketua bagi Majlis Syura Ulama. Ia adalah satu jawatan yang lebih kanan daripada jawatan Yang di Pertua Agong PAS atau Presiden. Itu adalah kebenaran mengikut Perlembagaan PAS sendiri. Jadi sudah tentulah peranan Timbalan Murshidul Am juga besar bukan!

Persoalannya sekarang jika Timbalan Murshidul Am PAS Harun Din sendiri menyelar tindakan Anwar Ibrahim yang pro pluralisme dan liberal dengan sengaja secara berdepan, membiarkan Akbar menghina islam manakala Anwar berdiam diri sambil memikirkan habuan popularitinya. 

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal. Jika itu diperkatakan, itu bukannya soal politik lagi! sebaliknya soal islam! soal akidah kita. 

Tahniah Harun Din sekurang-kurang dia terlepas dirinya dari dipersoalkan Allah nanti. Tetapi bagaimana dengan ahli akar umbi yang lain, siapa yang hendak tangung pula. Majlis Syura terlepas ke jika berdiam diri! kerana kita bukan membicara soal politik lagi sebaliknya soal akidah kita semua.

Jadi dimanakah Majlis Syura sekarang dalam menetapkan kewajaran untuk taat setia kepada Anwar! Sedang yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah Timbalan Murshidul Am sendiri. Adakah ini masih dikatakan fitnah ciptaan UMNO dan Barisan Nasional demi mempertahankan Anwar lagi.

Malah jika kita merujuk kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad iaitu seorang sasterawan islam yang amat diagung-agungkan akar umbi PAS selama ini.
Sasterawan Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Sik itu juga berkata, adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan. Ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan Islam. Sepatutnya, kata beliau DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS. Kenyataan yang mempertikaikan perjuangan PAS sekarang bukan sesuatu yang asing lagi. Banyak pihak sudah menyuarakan perkara itu, cuma pemimpin dan penyokong tegar PAS saja cuba berdolak-dalik, masih menegakkan benang basah bahawa parti itu tetap dengan perjuangan Islam. Mereka enggan menerima kenyataan PAS hanya parti tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang. PAS hanya menjadi umpan untuk DAP meraih undi Melayu bagi menewaskan UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

PAS pula masih bermimpi untuk menerajui kerajaan pakatan pembangkang walaupun yang berpeluang menang besar dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat ialah pemimpin DAP. Penyimpangan perjuangan PAS terserlah apabila Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, mengisytiharkan pada muktamar tahun lalu bahawa parti itu tidak lagi memperjuangkan penubuhan negara Islam yang dikatakan tidak terkandung dalam al-Quran, sebaliknya akan mengamalkan konsep negara berkebajikan. Begitu juga dengan perjuangan menegakkan hukum hudud. 
PAS sanggup menguburkan dua dasar utama perjuangannya semata-mata untuk akur dengan kehendak DAP seperti yang dipersetujui bersama dan termaktub dalam Buku Jingga. Lebih malang lagi, PAS tergamak meminggirkan pemimpin kanannya, Nasharudin Mat Isa dan memecat Datuk Dr Hasan Ali, gara-gara mempersoal kerjasama serta tindak-tanduk DAP. Jika begitulah sikap PAS, pengundi Melayu perlu membuka mata dan menilai semula sokongan mereka. Patutkah mereka menyokong parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi tidak menepati kehendak agama dan bercanggah dengan pendekatan Rasulullah SAW?
Terang-terang menggambarkan kepincangan hala tuju PAS, Adakah Majlis Syura tidak bertangungjawap dalam soal ini, padahal jika kita rujuk semula fungsi Majlis Syura fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukkan dalam fasal 3 Perlembagaan PAS. Dengan kata lain, penubuhan Majlis Syura Ulama ini adalah ntuk menghapuskan semua kuasa mutlak yang ada dalam parti. Majlis ini ditubuhkan untuk memastikan ulama benar-benar membuat keputusan dalam menentukan hala tuju perjuangan dan bukan gimik untuk berubah kepada sesuatu yang baru semata-mata.

Tetapi tidak sedarkah Majlis Syura, apa yang berlaku sekarang lebih kepada sifat gimik penuh kepura-puraan yang bertentangan dengan fasal 7 (1) dimana situasi sekarang PAS rela mengetepikan prinsip PAS demi ketuanan DAP dan setia bersama Anwar. Demi mencapai matalamaat ke Putrajaya. Adakah fasal ini tidak melibatkan soal akidah sebagai teras pemikiran mereka. Masakan Parti yang mengaku Islam rela mengetepikan faktor akidah dalam setiap fasal dalam perlembagaan mereka.

Bagaimana dengan golongan yang gagal membuat keputusan menentu hala tuju PAS hingga mengugurkan negara Islam? Dan bagaimana mereka sekadar menjadi perasit perosak PAS juga bebas juga ke?

Adakah ini tidak juga memberi ilham buat Majlis Syura mengadakan Mutamar PAS untuk membincangkan semula kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Wajarkah PAS masih berterusan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan menjadi kaldai mengikut terlunjuk Ketuanan DAP. Fikirkan untuk Mamfaat Atau Talqinkan Sahaja Majlis Syura PAS dari menjadi ejen menjejas akidah akar umbi. 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here