Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 16 October 2012

Wajarkah Harga Pampasan Tanah Pulau Pinang RM13000 Sahaja

100 penduduk berhimpun halang rumah dirobohBernama Okt 16 2012

Lebih 100 penduduk Kampung Matahari Naik di Teluk Kumbar di George Town berhimpun beramai-ramai semalam bagi menghalang jentera meroboh bangunan milik syarikat pembinaan memasuki kampung mereka.    

Mereka berbuat demikian sebagai membantah projek pembangunan di atas tapak seluas 0.5 hektar yang didiami 14 keluarga.    Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin, ketika ditemui di tempat kejadian , berkata seramai 27 anggota polis dikerah mengawal keadaan.  

 "Mereka berkumpul seawal pukul 9 pagi dan bersurai kira-kira pukul 1 petang. Perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman dan keadaan lalu lintas terkawal," katanya.    

Kawasan itu mempunyai lapan rumah dan tanah tapak perumahan tersebut dikatakan dijual individu tetentu tanpa pengetahuan penduduk pada tahun lepas.    

Sementara itu, ADUN Bayan Lepas, Syed Ameruddin Syed Ahmad berkata beliau telah berbincang dengan pemilik tanah baru dan meminta penangguhan pengusiran sehingga 19 November ini.    

Kita akan bantu penduduk dapatkan semula tanah mereka kerana kita ada dokumen dan surat perjanjian dengan pembeli terdahulu, yang membuktikan ini adalah tanah mereka" katanya.    

Wakil penduduk, Muhammad Said, 48, berkata mereka telah diarah mengosongkan rumah sejak September lepas, namun enggan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan pampasan dan kaedah penjualan tanah.  

 "Mereka ada tawarkan pampasan RM13,000 hingga RM33,000 mana cukup untuk beli rumah sekurang-kurangnya bagilah rumah gantian untuk kami," katanya.    

Seorang lagi penduduk, Che Pin Hussin, 63  berkata beliau tidak adaperancangan berpindah dan tetap akan mempertahan rumah serta tanahnya, walau apapun yang terjadi.- Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Mulut Hebiaq said...

salam bro... mohon pautan ke blog tuan

PecahPalakMikir said...

Bagaimana PPM hendak pautkan bro alamat tak lengkap

Isu Terkini

get this widget here