Kita telah dengar bagaimana Dewan Ulamak di Mutamar PAS telah menyuarakan mahukan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri walaupun kedegaran suara DAP tidak menyukainya. Ada banyak persoalan yang timbul walaupun warga PAS tidak mahu mengakuinya. Mereka memang mengatakan hanya Haji hadi yang arif tentang hukum hakam.
Tetapi yang tersirat, tidak mustahil antara ramai-ramai dari PAS mula berasa was-was dengan peribadi Anwar serta Anak beranaknya. Apatah Nurul Izzah mengeluar kenyataan Hak Sama Rata Melayu dalam soal murtad. Isu ini sudah tentu menjelaskan bertapa bahayanya jika legasi Anwar Ibrahim menyandang jawatan Perdana Menteri.
Memang tiada kenyataan sebergini dari PAS tetapi jika kita ukur dari riaksi warga PAS agak tergejut dan tidak berani mengulas apa-apa bila youtube ucapan hak sama rata melayu dalam soal murtad Nurul Izzah dan mendapat tepukan gemuruh dari golongan bukan islam. Kenapa mereka terdiam kerana masing-masing memikirkan soal resiko akidah diri dengan dilema diperantaraan dengan mengjaga hati dan nama sekutunya PKR. Salah hujah makan diri dan Pakatan jatuh merudum.
Itu cukup membuktikan ramai tidak bersetuju dengan Nurul Izzah. Sebab itulah timbul soal Haji Hadi sebagai PM dengan semakin kuat!
Sekarang Pemuda PKR pula berasa amat risau dan meluahkan yang Anwar lebih releven menjadi Perdana Menteri. Bermakna situasi dalam Pakatan terang-terang semakin berpecah belah.
Dalam masa yang sama anatara PAS mahupun PKR, kedua-duanya didalam lingkungan kuasa DAP. Maksud kata DAP The King Of Pakatan. Sebab Anwar sememangnya telah terlampau banyak terhutang budi dengan DAP kerana sifat peribadinya sering menimbulkan isu yang besar-besar melibatkan matuah diri dan keluarganya. tampa pertolongan DAP Anwar mungkin gagal terus dalam hidupnya.
Manakala PAS semakin dijinakan kerana hanya PKR sahaja dapat memberi nafas baru buat PAS bertapak keluar dari Kleantan semata-mata. Malah Hanya PKR yang mampu merapatkan dengan pengaruh undi dari DAP yang boleh memberi sedikit keselesaan PAS untuk memenangi dimana-mana kerusi yang PAS pertandingkan.
Dari situasi ini tentulah jelas DAP punyai kuasanya tersendiri dengan peralatkan PKR dan menundukan PAS. Adakah kelebihan ini tidak memberi semnagat buat DAP untuk menyediakan calonnya sendiri untuk merangkul jawatan Perdana Menteri?
Atau sememang telah ada dan DAP hanya menunggu masa untuk mengrialisasikan sahaja. Sebabnya jika PAS boleh mungkiri janji dari kelahiran PKR untuk menjadikan Perdana Menteri dengan mengcalonkan Haji Hadi, kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih yang membolehkan PAS bebas dan berhak mengcalon sesiapa sahaja.
Jika itu berlaku! Tentulah DAP juga mampu bertindak sedemikian bila tiba masanya untuk merialisasikan impian terpendam. Salahkah kalau dicongakan sebergitu?
1 comment:
kita ingatkan penganut agama pas ... kalau perjuangan hudud pas adalah benar ... hukum dulu penzina yang ada di dalam pas itu dengan hukuman hudud yang mereka perjuangkan ... jangan cakap tak serupa bikin ... cakap mahu jalankan hukum hudud tetapi puak mereka yang berzina diangkat dijulang menjadi pemimpin tertinggi ... ini namanya menipu Allah dan manusia ...
Post a Comment