Tak sangka, sudah 50 tahun Malaysia “DISYAITANI” UMNO-BN dan sepanjang 50 tahun itu jugalah Tuhan merahmati tanahair Malaysia walaupun “DISYAITANI” UMNO-BN.
Mungkin juga Tuhan murka terhadap Malaysia yang “DISYAITANI” UMNO-BN justeru itu diturunkan segala bentuk kemakmuran dan perpaduan, rezeki yang melimpah ruah, kemajuan dan kebijaksanaan serta lain-lain nikmat selama tempoh 50 tahun itu.
Manakala Kelantan yang “DIMALAIKATI” PAS dirahmati-Nya bila sepanjang tempoh 20 tahun negeri itu diperintah, ia dikurniakan kemunduran dan kemiskinan, punca rezeki yang tersekat-sekat hingga rakyatnya dengan sukarela dan senang hati meninggalkan negeri tersebut, kemarau dan banjir yang berulang kerana pemimpinnya yang amat prihatin dan bengap terhadap pembangunan negeri serta lain-lain.Manakala Kedah, Pulau Pinang dan Selangor turut kini menuai hasil terbaiknya apabila mula
“DIMALAIKATI” PAKATAN DAP-PKR-PAS hingga kebajikan rakyatnya terbela dengan rampasan tanah dan menghalau kaum Melayu-Islam pulau mutiara, memajak-gadai mahupun menjual aset-aset berkepentingan tinggi seperti PKNS dan Yayasan Selangor, memulihara alam sekitar seperti penebangan hutan simpan dan kayu balak, melimpah-ruahkan rakyat dengan janji-janji seperi rumah kos murah yang tak wujud, serta pilihan tempat tinggal yang mahal dan sukar dibeli, pendidikan percuma seperti di UNISEL, KUIS, KUIN serta bermacam-macam lagi.
Itulah bezanya antara “SYAITANI” UMNO-BN dengan “MALAIKATI” PAKATAN DAP-PKR-PAS.Mungkin PAS dan Harakah Maha Mengetahui apabila mampu “MENYAITANI” mahupun “MEMALAIKATI” lebih dari Tuhan itu sendiri seperti mana mereka menjatuhkan hukum DOSA dan PAHALA serta MENGKAFIRKAN orang lain lebih dari Tuhan itu sendiri menjatuhkan hukuman-Nya.Sesungguhnya, Melayu-Islam itu mampu memilih agamanya sendiri seperti syiar Nurul Izzah manakala setiap agama itu adalah sama rata di bawah dakwah Anwar Ibrahim.Dan golongan “MALAIKATI” inilah yang wajib dipercayai kerana ia sebahagian daripada iman PAKATAN DAP-PKR-PAS. Media selangor
sumber klxpress.com.my
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment