Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 16 November 2012

Sejarah Harun Taib Buktikan Tan Sri Harussani Sesat Perlu Bertaubat


Tertarik tentang  Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib membuat teguran terbuka dalam Mutamar PAS, menuntut Nurul Izzah bertaubat dan dalam masa yang sama cuba mengalih isu menyalahkan orang lain.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat,"

Tetapi buat Nurul Izzah diletaknya perkataan "kalau" untuk menggambarkan samada Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib pasti atau tidak! Yang kenyataan Nurul Izzah adakah sesat atau perlu bertaubat.

Berbeza pula dengan cara Harun Taib menuntut Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam.

Dia juga harus bertaubat. Tetapi kali ini tiada perkataan "kalau" lagi yang jelas Harun yakin menggambarkan Tan Sri Harussani benar-benar sesat dan harus bertaubat. Semata-mata tidak bersetuju banyak perkara dalam perjuangan PAS.

Hakikatnya soal menyelamat Nurul Izzah dengan menyerang Tan Sri Harussani.  Bermatalamat PAS ke Putrajaya melebihi bertegas dengan dasar islam yang diwar-warkan!

Tentu pelik! bagaimana yang dikatakan PAS cukup islam dan harus bertaubat jika tidak menyertainya? Sedangkan PAS menetapkan kenyataan Izzah membuka pintu keselamatan Hak Melayu boleh murtad atas dasar kebebasan agama. Dinotahkan PAS sebagai isu remeh-temeh.

Jika kita imbas kembali ketika Ambiga mengeluar kenyataan yang sama dengan Nurul Izzah, semasa Pemuda PAS bangkit istiharkan jihat berani mati menentang Ambiga. menyebabkan Ambiga terpaksa membatalkan majlis pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan 

Kenapa dengan Nurul Izzah pula Harun anggap 'kalau' Nurul Izzah buat kesalahan besar. Sedangkan dalam Youtube terang-terang dan amat mudah difahami oleh semua masyarakat islam yang Nurul Izzah politikan akidah untuk raih undi. Hingga mendapat tepukan gemuruh dari bukan islam.

Jadi dimana sesatnya jika tidak mengikuti PAS? Lihat apa yang dijawap oleh Tan Sri Dr Harussani SHAH ALAM -  "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri."Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.Pagi semalam,

Harun meminta Harussani turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama."Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam.

Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kota Bharu semalam.Harussani juga berkata, semua parti politik yang menggunakan Islam tidak akan disokongnya kerana perjuangan mereka tidak sejajar dengan konsep Islam.Harussani menambah, teguran sering dibuat kepada semua orang Islam sejak beliau menjadi kadi lagi untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

"Dulu apabila saya menjadi kadi, saya sering menegur orang Islam yang melakukan kesilapan dan kembali ke jalan yang benar."Sejak lebih kurang 50 tahun lebih negara merdeka, setiap parti yang dikatakan membawakan ajaran Islam hanya tahu berkempen untuk parti.

"Melalui kempen mereka sering membuat fitnah, memaki hamun dan di rumah ibadat juga telah wujud perpecahan, adakah dengan cara ini kita nak tonjolkan Islam kepada masyarakat?" katanya. Sumber Sinar Harian *Nota- PecahPalakMikir layan orang mabuk kuasa!
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

kalau penganut dan penyokong agama pas buat salah ... itu tidak salah tetapi takqiyah namanya ... dalam agama pas sesiapa yang mengamalkan taqiyah besar pahalanya ... sebab itu ada perkataan kalau untuk izzah dan sebagai menyokong izzah kali ini nama izzah diabadikan dalam muktamar pas ... kalu orang lain berkawan dengan syaitan berdosa besar ... kalu nik aziz bersahabat dengan iblis berpahala besar ... sebab itu depa tegur tun m dan senyap pada nik aziz ...

Isu Terkini

get this widget here