Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 19 November 2012

Sikap Nurul Izzah Memerangkap Nik Aziz & Haji Hadi

Skrip 1981 PAS berulang

PAS akhirnya akur dan kembali bertaut kepada realiti - undi Melayu adalah tiket utama dalam menjamin kelangsungan politiknya ke arah memenuhi cita-cita menakluki Putrajaya.

Bagaimanapun, ibarat perlawanan bola sepak yang memasuki waktu kecederaan, PAS menyumbat gol sendiri apabila mencetuskan polemik baru dengan memanjatkan doa menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), selain memurtadkan UMNO kerana didakwa menolak Islam.

Tahap kematangan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak boleh disamakan dengan 1981 apabila timbulnya isu kafir-mengkafir oleh Presiden PAS ketika ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Banggol Peradong, Terengganu.

Hasilnya, timbullah Amanat Haji Hadi yang antara lain menyumbang kepada perpecahan dalam masyarakat sesama Islam dan mengambil masa bertahun-tahun bagi memulihkan keretakan itu, walaupun tidak sepenuhnya.

Dalam pada PAS lantang mendakwa perjuangannya semakin diterima golongan bukan Islam menerusi pendekatan PAS Untuk Semua, parti yang berpaksikan kepemimpinan ulama itu dilihat rakus mengelirukan umat Islam menerusi pelbagai tindak-tanduknya.

Generasi lama penyokong tegar PAS mungkin boleh menerima pendekatan ekstrem seperti menghapus dan memurtadkan lawan kerana ia sinonim dengan cara PAS dalam era 1960-an hingga 1980-an.Bagaimanapun, generasi lebih muda mungkin berpendapat sebaliknya.

Bertahun lamanya masa diambil oleh PAS bagi mengubah wajahnya hingga berupaya menarik penyertaan golongan profesional, terutama ketika era parti itu diterajui Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden.

Sedikit demi sedikit, PAS berjaya menawan sebahagian golongan sasar idaman lawan - muda dan berpendidikan yang tidak membawa imej parti lebai seperti sebelumnya tetapi perkembangan dua tiga hari ini mungkin boleh menjauhkan golongan sama daripada parti itu.

Capaian maklumat luar biasa ketika ini memungkinkan pengundi mengesahkan apa yang didengar atau dibaca. Bukan sesusah mana untuk mencari pautan rakaman video doa menghapuskan UMNO yang diaminkan ribuan hadirin di Stadium Sultan Mohamad IV, Jumaat lalu, dan membuat kesimpulan sendiri terhadap apa yang dilontarkan.

Tahaluf siyasi yang dipersetujui bersama PKR dan DAP dalam mencapai cita-cita menakluk Putrajaya pada PRU-13 terus mengubah rentak PAS apabila beberapa isu yang lantang diperjuangkan seperti pelaksanaan hudud semakin sunyi daripada pendengaran.

Sekalipun hampir semua pucuk pimpinan PAS menegaskan parti itu kekal di landasan perjuangan dan dikukuhkan dengan kenyataan Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Bharu tiga hari lalu bahawa PAS hari ini sama seperti PAS dulu, bukan semua ahli dapat diyakinkan dengan begitu mudah.

Sejak menyertai pakatan pembangkang, PAS mulai membicarakan soal hak dan keistimewaan orang Melayu - agenda yang diperjuangkan UMNO secara konsisten sejak 66 tahun lalu.Mampukah kepemimpinan ulama diganding dengan agenda hak dan keistimewaan orang Melayu mengikut acuan PAS?

Jika ini tidak dilihat sebagai mengorbankan prinsip demi memenuhi matlamat memenangi PRU-13, apakah takrifan paling sesuai digunakan untuk memastikan ia diterima sepenuhnya oleh ahli PAS?PAS menjatuhkan hukuman hapus dan murtad ke atas UMNO dalam tempoh tiga hari - keadaan yang membawa rakyat kembali ke zaman PAS dilabel parti ekstrem.

Apakah ini PAS yang difahami, dikenali dan diterima penyokongnya terutama kaum bukan Melayu?Abdul Hadi meninggalkan pentas muktamar terakhir sebelum PRU-13 semalam dengan membawa bersama ketetapan perwakilan yang mahukan beliau menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang mentadbir negara.

Pecutan akhir PAS sebelum PRU-13 kelihatannya dilingkari beberapa beban ciptaan sendiri dan masa berbaki bakal menjadi pengukur setakat mana rakan sekutunya memahami konsep kerjasama seperti sewajarnya.

PAS boleh dengan sesuka hati menjatuhkan hukuman terhadap musuh politiknya tetapi pada masa sama, rakyat mempunyai hak lebih besar dalam mengenakan hukuman setimpal ke atas parti yang dilihat tidak membela nasib mereka. sumber berita harian

Note: Pada PecahPalakMikir Tekanan yang dibuat Nurul Izzah yang terlampau gairah mempamerkan dirinya seorang yang lebih baik dari orang lain! Demi meraih undi bukan islam terutama Sabah Sarawak. Nurul Izzah sanggup resikokan akidahnya demi itu!

Yang menerima terkanan teruk dari tindak tanduk Nurul Izzah adalah PAS. Malah PAS lebih panas tempat duduknya. Tekanan demi tekanan berpunca dari Sikap Nurul Izzah Menyebabkan Nik Aziz & Haji Hadi Hilang Pertimbangan, lalu berulanglah lagi skrip 1981 dengan berbudayakan doa kuburkan UMNO BN dan melabel kafir, murtad walaupun syaitan!

Itulah PAS takut dan sayang sangat serangan keatas kesilapan Sekutunya! Sehingga PAS sanggup membelakangi islam dan menghalalkan perpecahan masyarakat islam kerana terlalu yakin akan menang tawan Putrajaya. Tetapi terlupa keputusan akhirnya adalah ketentuan Allah.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here