Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 18 November 2012

Video Nik Aziz Hujahkan UMNO Murtad


Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 


“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.

“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.

“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. 

Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.

“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.


2 comments:

Anonymous said...

nanti anda jawap lah diakhirat kerana memurtadkan sebahagian besar umat islam...

Unknown said...

Syabas...Info² ini terbaik tuan/puan/cik...mohon pautkan saya dalam blog tuan :)
http://daengselili.blogspot.com/

*saya kini sudah pautkan blog tuan/puan/cik di blog saya..terima kasih..

Isu Terkini

get this widget here