Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 2 December 2012

1Malaysia Menjadi Musuh Terkuat Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR - Sokongan rakyat terhadap kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) dan konsep gagasan 1Malaysia adalah kukuh, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Beliau berkata ini dibuktikan oleh kajian Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara, yang menunjukkan 74.2 peratus responden sangat berpuas hati dengan kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertahanan itu berkata 17 peratus pula berada di atas pagar manakala empat peratus lagi tidak berpuas hati.

Kajian terhadap sokongan konsep 1Malaysia pula menunjukkan 74.4 peratus sangat berpuas hati, 12 peratus berada di atas pagar dan lima peratus tidak berpuas hati.

"Survei yang dibuat secara empirikal yang diketuai oleh Prof Madya Dr Ismail Sualman adalah satu usaha yang mendapat pengiktirafan, dengan hasil responden 28,788 orang yang dibuat secara berstruktur," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata Presiden Umno telah melakukan pelbagai hamparan perkhidmatan kepada setiap kumpulan sasar dan kajian yang dibuat itu menunjukkan kerajaan BN masih relevan di hati rakyat.

"Semalam perwakilan Negeri Sembilan marah saya kata kononnya saya tidak sayang Presiden kerana saya minta beliau naik motosikal bersama saya, kami naik motosikal dua tayar beliau naik motosikal tiga tayar sebab tidak mahu presiden jatuh, cedera...sebab itu bagi motosikal OKU (orang kurang upaya) kepada beliau.

"Ertinya saya jaga keselamatan beliau, kenapa, kerana beliau menjaga ibu tunggal, bapa tinggal, orang bujang, pelajar, anak sekolah dan ambil tahu 'superbikers' dan 'junior bikers', semua kumpulan beliau ambil keprihatinan," katanya.

Beliau berkata selain perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, kerajaan BN juga menyumbang kepada keamanan di peringkat antarabangsa apabila berjaya membantu Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai kata damai dan gencatan senjata di Palestin.

"Kita juga telah hantar bantuan ke seluruh dunia apabila berlaku tsunami di Aceh (Indonesia), Malaysia datang dahulu, gempa bumi di Padang (Indonesia), kita yang hantar bantuan dulu," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau juga terpaksa berbahasa Jawa apabila kedatangannya ke Yogyakarta untuk menghantar bantuan dipersoal rakyat tempatan.

"Mendidih hati saya bila mereka kata adakah kedatangan bapak mahu membalas dosa orang Malaysia terhadap orang Indonesia, saya bagitahu saya menjadi utusan Presiden kerana anggota Umno prihatin dengan masalah yang dihadapi orang di Yogyakarta.

"Rupa-rupanya ada hikmah saya jawab dalam bahasa mereka, saya harap Timbalan Pengerusi Tetap (Datuk Mohamad Aziz) akan buat terjemahan, (sambil berbahasa Jawa dan diterjemah 'aku datang Yogyakarta bantu kamu'), kenapa kita dianggap begitu, seharusnya tidak ada masalah kerana kita adalah saudara serumpun," katanya.

Mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dikata akan dihapuskan jika pembangkang memerintah negara yang dibangkit ketika perbahasan, Ahmad Zahid berkata jika itu berlaku, RAMD akan bangkit kerana mereka merupakan kuasa tersembunyi untuk pertahankan wasiat Raja-raja Melayu.

Beliau juga mahu seluruh rakyat tidak menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi menghargai segala sumbangan yang dibuat oleh ATM dalam mengukuhkan pertahanan negara. 

Ahmad Zahid berkata jentera Umno di setiap peringkat harus memainkan peranan lebih luas melalui jentera di alam nyata serta bijak berkawan dengan jentera di alam maya iaitu bloggers yang bersedia untuk membantu pertahankan negara.

"Kini, nafiri perang untuk hadapi pilihan raya umum ditiupkan, kita harap media 'troopers' berada dalam satu payung yang sama bagi menepis serangan bertali arus dari parti lawan," katanya.

Beliau turut mengajak seluruh anggota Umno agar mendoakan kejayaan cemerlang parti dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. - Bernama

No comments:

Isu Terkini

get this widget here