Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 5 December 2012

Dr Asri Perhimpunan Agung UMNO Lebih Bijak Berbanding Mutamar PAS

SHAH ALAM - Dalam membicarakan mengenai  perbezaan Perhimpunan Agung Umno 2012 dan Muktamar Pas, tidak dinafikan apabila kelemahan dapat dilihat kerana liputan secara langsung hanya dibuat bagi satu pihak hampir setiap hari.

"Perhimpunan Umno dapat liputan penuh di televisyen (media) tetapi tidak kepada Muktamar Pas."Perkara ini menutup jalan untuk rakyat membuat perbandingan yang adil terhadap kedua-dua parti," demikian menurut bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, ketika mengikuti perkembangan kedua-dua parti beliau mengakui Umno lebih pandai bermain dengan perasaan pengundi atas pagar berbanding Pas, yang dilihat lebih banyak bercakap mengenai masalah dalaman parti.

"Perhimpunan Agung Umno lebih fokus dalam membicarakan mengenai serangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan boleh dikatakan dari segi penerimaan imej, Umno lebih berjaya.

"Sedangkan Pas kelihatan terlebih bercakap dan cuba mencari masalah yang ditimbulkan di antara satu sama lain hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pengundi," jelas beliau yang menganalisis perjalanan politik kedua-dua Pas dan Umno dari semasa ke semasa.

Beliau menambah, orang dalam Pas sudah terbiasa mengata Umno sama ada dalam dalam muktamarnya ataupun ceramah-ceramah sebelum ini tanpa menyedari ucapan-ucapan itu akhirnya member kesan negatif kepada parti itu.

Bagaimanapun, Asri berkata, jika dibandingkan Pas hari ini berbanding dahulu, banyak perubahan positif telah berlaku.Katanya, imej Pas sebagai pembangkang sudah hampir pulih apabila Pas kini menjadi pentadbir di beberapa negeri seperti  Kedah dan Kelantan.

"Cara berhujah dan memberikan pandangan juga sudah nampak berubah, sudah nampak kematangan Pas.

"Namum, perkembangan itu agak tergugat apabila timbul isu doa 'KO' BN pada Muktamar. Orang  tidak mempertikaikan doa itu tetapi apabila disiarkan di media, ia memberi gambaran tidak elok terhadap imej matang Pas itu," katanya.

Ujar Asri, tindakan itu tidak menggugat pengundi tetap Pas tetapi akan mengganggu psikologi pengundi atas pagar.

Sumber Sinar Harian
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

Memetik kata Blogger,
"beliau mengakui Umno lebih pandai bermain dengan perasaan pengundi atas pagar berbanding Pas"

UMNO bukan 'bermain dengan perasaan'; parti terbesar Melayu-Islam itu telah membawa dan menyerlahkan realiti di dalam survival Melayu vis-a-vis kelastarian kesejahteraan, kerukunan dan keamanan Malaysia di mana hidupnya pelbagai bangsa dan keturunan dengan agama yang dianuti berbagai-bagai. Selama lebih 50 tahun UMNO menjadi tunjang pemerintah dalam BN, kesaksamaan dalam keadilan pragmatik telah berjaya membawa Malaysia ke tahap yang boleh dibabggakan.

Inilah yang telah ditonjolkan oleh UMNO dalam PAU12-nya penuh dengan bukti, 'track record' dan yang penting sekali - keikhlasan. Bukan saja kepada orang Melayu; kepada kesemua rakyat Malaysia.

Isu Terkini

get this widget here