Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 1 December 2012

Kempen Selamatkan PAS Semakin Aktif


PAS berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila didesak oleh DAP dan PKR. Itulah kenyataan perjuangan PAS. ini terbukti dalam pelbagai isu membabitkan dasar PAS di mana akhirnya PAS mengalah dengan tidak lagi menggunakan hukum hudud,soal akidah dan memperjuangkan negara Islam untuk PRU13

Ini membuktikan kelemahan PAS memperjuangkan prinsip mereka hingga mencetuskan kontroversi jika mengambil kira semua aspek sejak daripada mula penyatuan ketiga tiga parti didalam pakatan. 


Malah dilihat penakut mempertahankan tindakan pakatan memutuskan untuk membatalkan niat PAS untuk berkempen mengenai hukum hudud apabila dibantah parti komponen pakatan itu menunjukkan kelemahan PAS sendiri. 

PAS rela menjadi parti yang yang tiada hala tuju malah keputusan mereka berubah-ubah itu turut melibatkan mengenai persoalan akidah,dasar negara Islam dan juga soal bangsa melayu.

Lebih buruk lagi PAS selalu tidur apabila diperlukan untuk mempertahankan kesucian islam. Jadi apa gunanya PAS diangkat sebagai pembela islam? 

Sedangkan perubahan perjuangan PAS membuktikan landasan diatas platform parti untuk memperjuangkan agama jauh tersasar sebaliknya PAS dijadikan alat untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia DAP.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here