Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 13 December 2012

Muslihat Disebalik Pakatan Rakyat Serang JPN dan SPR

Pada 12/12/2012 Putrajaya  digemparkan dengan Himpunan Duduk Bantah yang di lakukan di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini dilihat tidak menepati tujuan utama apabila beberapa pemimpin Pakatan cuba mencetuskan provokasi.

Terang-terang mereka sedang cuba mencetuskan satu lagi propaganda baru dalam misi membangkitkan rasa benci rakyat kepada Kerajaan. Dan sebahagian memenuhi rancangan kempen Anwar Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama Pakatan Rakyat juga sedang sebok berceramah sana-sini mengceritakan perihal ujudnya pengundi hantu. Seperti mana yang didakwa oleh Cikgu Bard kononnya dia punyai bukti jelas dalam isu ini (rujuk video ini). tetapi tidak berani pula menyerang SPR atau melapurkan kes sebagai salah guna kuasa sebagaimana mereka lakukan ke atas kes Scorpene sehingga sampai ke Perancis.

Hairan juga kadang bila difikirkan cara Pakatan membuktikan sesuatu isu! tidak penah secara betul-betul tetapi sekadar untuk menimbulkan persepsi yang kerajaan bersalah! sudah memadai demi membangkitkan rasa benci. Sedangkan mereka tidak penah berani membuktikan secara jelas dan terang-terang dengan membentangkan bukti secara terang-terang berbanding sekadar main silap mata sahaja.

Hakikatnya semua ini hanyalah mainan politik yang cuba menghasut rakyat agar menyimpan perasaan benci terhadap kerajaan. Tampa rasa benci Pakatan Rakyat akan gusar ketakutan kerana mereka hilang momentum untuk menawan Putrajaya. malah ini juga boleh menjadi idea sebagai senjata, jika benar-benar Pakatan Rakyat kalah di dalam PRU13. 

Yang menakutkan kita adakah situasi ini tidak menjejaskan ketenteraman awam. Bagaimana jika Pakatan Rakyat kalah nanti adakah ini bakal mencetus helah terbaru dalam propaganda mereka? dan jika Pakatan Menang layakkah manusia seperti ini dilantik menjadi pemimpin yang menentukan nasib dan harapan rakyat. Sedangkan selama ini mereka hanya pandai memperlagakan rakyat dan bergaul dengan kuasa luar hingga membabitkan dana dan peruntukan yang besar di dalam kempen mengjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.


2 comments:

Anonymous said...

SEKARANG ANDA FAHAM MENGAPA PUAK PUAK HARAMJADAH NI BERIA IA NAK HAPUSKAN ISA?

Anonymous said...

kerajaan mesti mengambil langkah segera mengetatkan pemberian taraf penduduk tetap kepada warga asing yg ingin menetap atau berkahwin dengan warga tempatan.Perkahwinan sengan penduduk tempatan bukanlah tiket istimewa untuk jadi w.negara.Mereka yg tak sedar diri ini byk mendatangkan masalah sosial kepada penduduk dan kerajaan negara ini.Adalah amat menghairankan ada pendatang Indon dll boleh mendapat taraf penduduk tetap walaupun baru tiba ke negara ini.Ada juga anak2 pendatang yg ibubapanya hanya ada pas lawatan,tetapi anaknya pemegang kad w negara.Negara kita terlalu byk undang2, mungkin pegawai yg bertugas pun keliru...x hairanlah perkara tersebut terlepas pandang atau lebih biasa dikatakan oleh pegawai kerajaan "kes terpencil"...maka terjadilah kes demo kononnya menuntut hak di jpn.dan spr...tanpa rasa mengenang budi kepada negara yg memberi kehidupan kepadanya...

Isu Terkini

get this widget here