Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 9 December 2012

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim Dengan Lee Kuan Yew Ada Pertalian Persamaan

Kedua-dua penjilat tegar Yahudi ini nampak berbeza tapi sebenarnya dalam sedar tak sedar mereka mempunyai persamaan yg agak menarik untuk diperkatakan. Jom kita lihat apa persamaan mereka:


1. Anwar dan Lee Kuan Yew (LKY) mempunyai cita-cita yg menggunung untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Anwar semasa dalam kabinet kerajaan, telah memasang strategi untuk merampas kuasa dari Tun Dr Mahathir. Dia melaksanakan taktik kotor iaitu dengan menyingkirkan pemimpin yg rapat dengan Tun Dr Mahathir seperti Tun Ghafar Baba, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan menaikkan kroni-kroninya. Dia juga telah merancang untuk menghancurkan ekonomi Malaysia agar rakyat akan menyalahkan Tun Dr Mahathir. Namun begitu, Allah Maha Berkuasa. Akhirnya niat jahat Anwar tidak menjadi kenyataan kerana dia dipecat akibat salah laku moral.


LKY pula semasa Singapura masih di dalam Malaysia pernah meminta Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepadanya atas alasan bilangan org bukan Melayu telah melebihi bilangan org Melayu. Kerana terlalu mengimpikan jawatan PM, LKY telah menubuhkan Malaysian Solidarity Convention (MSC) iaitu sebuah parti bukan perkauman yg menggabungkan parti PAP, PPP, SUPP, UPKO dan UDP untuk mencabar Parti Perikatan.


LKY juga telah memperkenalkan konsep Malaysian Malaysia yg menuntut persamaan hak antara semua kaum. Dia juga telah mencadangkan supaya Malaysia dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu satu bahagian diperintah oleh orang Melayu manakala satu lagi bahagian (negeri yg ramai bukan Melayu - P.Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak) pula diberi kepada bukan Melayu. Kerana desakan perkauman melampau, akhirnya Singapura disingkirkan dari Malaysia.


2. Anwar dan LKY kedua-duanya anti kepada dasar-dasar yg menyebelahi kaum Melayu/bumiputera.


Anwar walaupun seorang Melayu tetapi tindak-tanduknya selepas menjadi pemimpin pembangkang telah banyak menyerang kepentingan orang Melayu. Buktinya, dalam satu ceramah, dia pernah menyatakan bahawa Malaysia ini bukan org Melayu punya, tapi adalah milik Cina dan India. Dia juga menyokong langkah DAP untuk menghapuskan DEB, Perkara 153, menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan merangka perlembagaan yg baru.


LKY juga sering mempersoalkan hak-hak keistimewaan org Melayu/bumiputera dan memperjuangkan agar semua kaum diberikan hak yg sama. Lihat sahaja di Singapura, org Melayu di sana ibarat rakyat kelas kedua. Mereka dinafikan hak untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan menjadi juruterbang tentera udara Singapura. Orang Melayu Singapura tidak dipercayai oleh pemerintah mereka sendiri.


3. Anwar dan LKY amat memusuhi akhbar Utusan Malaysia


Kedua-duanya juga amat membenci akhbar Utusan Malaysia. LKY sehingga kini mengharamkan akhbar Utusan dari memasuki Singapura. Dia juga pernah memenjarakan bekas Ketua Pengarang Utusan, Said Zahari.


Manakala, Anwar tidak membenarkan Utusan daripada membuat liputan semasa Kongres Tahunan PKR dan sebarang sidang media pakatan rakyat. Sindrom tersebut telah berjangkit kepada DAP yg turut mengharamkan Utusan membuat liputan di Sidang DUN P. Pinang.


4. Anwar dan LKY mengamalkan nepotisme


PKR bagaikan menjadi parti keluarga Anwar apabila isteri dan anaknya juga turut menjawat jawatan penting dalam parti. Isterinya, Wan Azizah diangkat sebagai Presiden PKR, manakala anaknya, Nurul Izzah pula menyandang jawatan Naib Presiden.


Di Singapura, LKY telah membimbing anaknya Lee Hsien Loong untuk menjadi PM Singapura masa depan. Hasilnya, kini anaknya itu telah dilantik sebagai PM Singapura menggantikan Goh Chok Tong.


5. Anwar dan LKY merupakan sahabat baik Yahudi-Zionis


Seperti yg semua sedia maklum, Singapura menggunakan kepakaran Yahudi sebagai penasihat pertahanan mereka. Sebaik sahaja Singapura dikeluarkan dari Malaysia, LKY telah menjemput Israel untuk mengatur/melatih angkatan tentera Singapura. Israel mempunyai satu-satunya pengkalan tentera di dunia ini iaitu di Singapura.


Anwar juga diketahui mempunyai ramai sahabat di kalangan Yahudi. Dipercayai pertubuhan Yahudi di Amerika juga menjadi penaja terhadap segala kegiatan Anwar di Malaysia dan seluruh dunia. PKR juga didakwa dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan ini.

sumber penulisan dari gerakanantidap.blogspot.com

No comments:

Isu Terkini

get this widget here