Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 11 January 2013

200 Ahli Rela Mati Demi Khianati PAS

Cukuplah berkali mereka terjebah dengan mainan politik yang terlampau utamakan matalamat dari bertanggungjawap mengjaga amanah Allah. Itulah yang sedang berlaku kepada 200 ahli PAS yang lebih rela mengkhianati PAS dari mengkhianati islam.

KOTA BHARU 11 Jan. - Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten sejak kebelakangan ini.

Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini.

Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik.

"Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu .Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here