Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 30 January 2013

Derma Jihad PAS Biayai Operasi Suap Dan Hasut Rakyat Sarawak ?

Hehe punyalah susah payah rakyat semenanjung derma bagai hendak rak tetapi yang senang siapa?

Inilah yang sedang berlaku di serata Sarawak. PAS dan PKR mula berkampung diserata ceruk kampung berbulan lamanya semata-mata operasi hasut rakyat edisi PRU13.

Bagaimana mereka beroperasi? Golongan ini akan berkampung di kampung melayu seperti Debak, Pusa, Sebuyau, Saratok dan banyak lagi di kawasan lain. Yang menariknya lagi lama DSN tangguh PRU13 semakin banyak modal kena labur? Apatah yang berkampung di sekitar Sarawak bukanya warga Sarawak dan bukan datang bekerjapun. Sebaliknya mereka berkampung semata-mata operasi pikat penduduk kampung.

Bagaimana cara mereka memikat orang kampung? Golongan ini cuba pendekatan peralatkan dakwah islam dan kadang dakwah dangdut karaoke. Serba serbi kasi taruk.

Untuk menarik perhatian lagi ada suapan berbentuk kain tudung rm3, beras cop PAS, gula, milo, malah bagi duitpun ada. Yelah derma 4 tahun sekalikan.

Kalaulah dihintung dengan 71 kawasan MP dan ADUN, berapakah kos diperlukan? Uiih banyakan tapi dari mana sumber dana? Inilah kalau bukan duit derma hendak ambil duit mana lagi? Bolehkah ambil dana dari kerajaan Kelantan dan Kedah? Kalaulah dibuat sedemikian rupa, patutlah rakyat kedua negeri itu asyik kena kencing janji-janji PRU12.

Kalaulah pakai dana dari tabung derma? Ehh!! Rupa-rupanya duit derma digunakan untuk merasuah ke? Ehh bukan rasuah ke? Sebab imbuhan Felda PAS kata rasuah? imbuhan BR1M, KR1M, S1M dan banyak lagi peruntukan Tranformasi Kerajaan untuk rakyat dikatakan rasuah. Padahal kerajaan beri secara tidak pilih bulu. Tetapi yang PAS kerjakan di Sarawak hanya disuap kepada sesiapa yang mahu sertai PAS. Senang cakap ikut PAS dapatlah habuan kalau tidak lantak kau atau silap2 dicerca lagi ada. Jadi siapalah yang yang sedang merasuah sekarang? Termasuk yang rajin beri derma tak termasuk sekali ke?

Walau apapun derma PAS ini mengenyangkan peceramah dan ustazah ustaz celoplah. Patutlah lumayan dari berlakon siap datang dengan kereta mewah lagi beb. Duit mana tu? Duit dana kerajaan negeri ke atau tabung derma? Tak akanlah dapat sikit dari dana asing israel kot? Tetapi yelahkan semasa Anwar kata mendukung keselamatan Israel, Nik Aziz bersetuju dengan Anwar setelah rundingan 3 mata Nik Aziz Anwar dan Tuan Ibrahim. Tidak ada hulur2 ke? Kalau ada hulur tak akan RM10 kot? Dan kalau banyak tak akanlah dari Dana Selangor? Abis kalau bukan darimana?

Banyak modal Pakatan Rakyat kena keluarkan dana untuk kempen Anwar PM di PRU13. Terutama mengjalankan Siri Bersih Lynas malah himpunan Shamsidar dihalang menjadi Saksi Mahkamahpun dibuat dengan pakai duit mana?

Patutlah segala janji mereka gagal ditunaikan sebab kalut melebarkan kuasa dari menunaikan tanggungjawap yang diamanahkan rakyat. Macamni hendal diharap takbir negara?

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here