Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 16 February 2013

Anwar Dan Kuncunya Dah Tak Keruan Lagi Akalnya?

Kadang-kadang rasa macam tidak bijak sangat buat bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Apa dah jadi dengan puak-puak ini? Apa akal dah tidak keruan lagi ke untuk hadapi PRU13. Memandangkan Anwar dah macam orang buangan sekarang! Eyalah Anwar hendak turun padang bersama ceramah PAS pun tidak berani lagikan?

Rasanya jawapan Tun adalah mudah difahami "Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri" Jadi buat Nordin jangan sampai jadi orang tua berakal kebudak-budakan yeee. Kalau takut jangan diduga ombak yang tinggi!
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here