Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 13 February 2013

Bila 14 Suku Kaum Sabah Restui Anwar Bergelar Huguan Siau

Inilah manusia yang paling patut dipertikaikan akan tindakan memainkan polimik politik sehingga sewenang-wenangnya melanggar adat resam 14 suku etnik sabah.

Kegairahan Anwar serta kuncunya di Sabah boleh dianggap keterlaluan kerana kegairahan mereka mencari undi sehingga melampaui batas hak orang lain. Persoalan yang timbul adalah... Tindakan PKR Cabang Ranau Sabah yang mengada satu himpunan ceramah yang tidak sampai 500 orangpun. Telah mengangkat Anwar sebagai Huguan Siau. Apa itu Huguan Siau?

Huguan Siau adalah gelaran yang tertinggi dalam kehidupan Kaum Kadazan-Dusun yang merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialahDusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu,Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk,Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara,Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.

Mengikut sejarah, pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Itu sejarah soal siapakah yang layak bergelar Huguan Siau. Persoalannya sejak bila Anwar mendapat restu dari 14 suku kaum ini?

Ada 538 ribu jumlah penduduk mewakili suku kaum Kadazandusun Murut. Adakah yang datang itu mewakili semua kaum?

Malah layakkah orang luar yang tidak tahu menahu adat resam KDM. tiba-tiba dilantik bergitu sahaja sebagai Huguan Siau?

Apa jasanya sampai bergitu hebat sekali melanggar dan menghina adat resam orang lain?

Inilah wajah manusia yang tamak kuasa tampa memperdulikan akibat dan perasaan masyarakat pelbagai kaum? Itulah yang selalu dilakui oleh Anwar...

Anwar sememangnya tidak layak memangku Perdana Menteri sebab belum cukup matang membezakan batas yang tidak dan boleh dilalui. Anda boleh lihat dari setiap isu yang ditimbulnya demi mencari undi sebagai Perdana Menteri. PecahPalakMikir dengan manusia serakus ini...
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here