Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 4 March 2013

Apa lagi Misi Yang Anwar Ada Untuk Tawan Putrajaya

Alhamdulillah situasi sekarang di Lahad Datu semakin terkawal seperti yang didedahkan dalam sidang Media KPN.


Tindakan Filipina mendedahkan siapa dalang sebenar membawa dan berjanji kepada pengganas di Lahad Datu telah banyak memberi impak kepada Anwar yang dikaitkan terlibat secara langsung. Apatah pertemuannya Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari -Rujuk Sini- yang pernah memimpin MLNF. Cukup menguatkan lagi tanggapan yang Anwar dilihat terlibat.

Disamping itu terdapat bukti bagaimana Tian Chua dan Sivarasa telah pergi ke Manila untuk Misi Penting yang digelar oleh Tian Chua sendiri. Rujuk sini. Yang paling sukar dinafikan Anwar Ibrahim apabila kenyataan Reuters dan pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung.

Jika ini terbukti adalah semakin tidak layak Anwar Ibrahim dan semakin terdesak akan situasinya untuk mengejar cita-cita ke Putrajaya. Setelah kegagalan Manifesto Pakatan yang dibentang sebelum ini. Terlampau banyak dipersoalkan rakyat terutama kegagalan negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah menunaikan janji di PRU12. 

Juga ceramah Anwar Ibrahim semakin surut dari dikunjungi penyokong mahupun atas pagar. Dan Anwar semakin dipinggirkan dari ceramah PAS atas sikapnya yang menyokong DAP untuk pertahankan Khalimah Allah digunakan sebagai terjemahan Lord atau God bagi bible versi melayu.

Sekarang Anwar bukan setakat menyokong keselamatan Israel, dia Pluralisme, dia Sosialisme, dia menyokong LGBT, dia mendapat dana luar dan sekarang Anwar dikaitkan dengan golongan lanun yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya. Persoalannya layakkah individu bergini yang sangggup buat apa saja menjadi Perdana Menteri?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here