Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 28 March 2013

Inikah Hasil Kutipan RM1.7++ Bilion Nik Aziz Yang Hilang?

Kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menyelesaikan kemelut isu tanah dan Ladang Rakyat yang diberikan kepada syarikat swasta dari luar sehingga meminggirkan kepentingan rakyat negeri ini.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isu itu perlu diselesaikan dan diberikan penjelasan secara terperinci kepada rakyat.

Beliau berkata, laporan yang diterima menunjukkan tanah seluas lebih 687,965 hektar (1.7 juta ekar) telah diserahkan kepada syarikat korporat dari luar Kelantan dengan sejumlah bayaran tertentu.Menurut Rais, apa yang dimaklumkan, tanah itu diserah dan dibayar RM1,000 bagi setiap ekar dan andai benar dakwaan itu berlaku, kerajaan Pas Kelantan memperoleh sehingga RM1.7 bilion.

"Jika benar perkara ini berlaku, ia menjadi persoalan besar kepada penduduk negeri ini, kenapa boleh dibiarkan, sedang kepentingan rakyat Kelantan yang jumlahnya 1.6 juta penduduk tidak diperhitungkan bagi kehidupan yang baik?

"Jumlah 1.7 juta ekar bukan satu kawasan yang kecil. Kalau 1.7 juta ekar dibahagikan dengan 1.6 juta penduduk negeri ini bermakna seorang penduduk akan dapat lebih kurang seekar tanah," jelas beliau.Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Budaya di Dataran Balai Tok Janggut, Kampung Nering di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Pada program itu, Rais turut menyampaikan sumbangan RM10,000 oleh kementerian kepada keluarga wira negara, Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21.Mengulas isu yang sama, Rais memberitahu, beliau difahamkan, enakmen tanah di Kelantan juga tidak membenarkan tanah dimiliki kecuali oleh anak negeri ini sahaja.Justeru, isu pajakan tanah kepada syarikat luar yang berlaku pada ketika ini tegas beliau, menimbulkan keraguan.

Pada masa sama, Rais meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawab isu berkenaan."Isu ini sahaja sudah cukup menentukan supaya anak Kelantan melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, galeri warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut atau nama sebenarnya Hassan Panglima Mat Munasakan akan diwujudkan di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering di sini tidak lama lagi.

Rais berkata, inisiatif itu sebagai pengiktirafan jasa pahlawan tersebut ketika berjuang menentang penjajahan British dahulu.Menurut beliau, sebagai langkah awal pihaknya akan memberi peruntukan RM500,000 bagi perbelanjaan pentadbiran dan pemuliharaan warisan Tok Janggut di kawasan itu.

"Selain itu, kementerian juga akan memberikan peruntukan awal bagi mengkaji, menyusun strategi dan membeli peralatan asas untuk galeri ini," katanya.

Tambah Rais, pihaknya akan membuat kajian dari sudut sejarah mengenai pahlawan itu supaya bahan yang dipamerkan di galeri berkenaan mampu memberi kesan kepada pelbagai generasi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here