Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 4 March 2013

Tian Chua Mana Mahu Lari 1 Malaysia Cari Lu

Sekuruh Malaysia telah bangkit menuntut Tian Chua mohon maaf dan lebih menarik lagi UMNO bakal saman Tian Chua.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkannya dengan isu Lahad Datu, Sabah.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu.

“Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Kata Tengku Adnan, tindakan Tian Chua juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com.

“Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno," katanya.

Tengku Adnan berkata, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Umno.

“Umno tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

“Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

Anonymous said...

Bro jgn percaya. Blogger kita dpt dr sms je, tah ya ke tidak. Nanti kena saman kita.

Anonymous said...

XKAN TIAN CHUA AJE..ABBY PUN ADA KOMEN JUGA

Isu Terkini

get this widget here