Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 22 April 2013

Kenapa Huazong Beralih Arah Dari DAP Ke Barisan Nasional Najib


Persekutuan Persatuan Cina Malaysia(Huazong) mahu pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan mandat baru untuk memimpin negara bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kukuh.

Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Strategi Huazong, Prof Dr Chin Yew Sin berkata, semenjak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, beliau telah membuat perubahan berani dan inovatif untuk memastikan Malaysia mencapai wawasan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, pencapaian penting Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) semenjak pengenalannya, menunjukkan komitmen kukuh pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam mencapai sasaran itu.

Beliau berkata negara kini pada pusingan terakhir untuk mencapai wawasan 2020 dengan hanya tujuh tahun sahaja lagi, dan pada peringkat kritikal ini, perubahan kerajaan adalah tidak perlu.

"Sementara Malaysia bergerak menuju negara berpendapatan tinggi di bawah ETP, sektor swasta akan membiaya 92 peratus daripada pelaburan, sementara kerajaan mengambil bakinya dalam langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

"Langkah menjadikan sektor swasta pemacu pembangunan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang akan mendorong pengurangan defisit bajet,"tambah Chin.

Chin juga berkata, di bawah pentadbiran Najib, pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat daripada RM4,300 beberapa tahun lepas kepada RM5,000 sekarang.

"Saya yakin di bawah BN, menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju keempat di Asia, selepas Korea Selatan, Jepun dan Singapura, tidak termasuk Taiwan dan Hong Kong," katanya. - Bernama

No comments:

Isu Terkini

get this widget here