Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 11 April 2013

PAS Tangkap Muat Calon Bukan Islam Sarawak Bertanding PRU13

Inilah PAS yang dilihat semakin terdesak mencari calon bertanding tiket PAS Sarawak. Kebanyakan calon yang diumumkan kurang memberi keyakinan buat rakyat Sarawak. Antara calon yang diketengahkan adalah DR Ambrose Labang Jamba. Masih ingatkah Peletakan jawatan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, bersama beberapa anggota jawatankuasanya dan memilih tidak bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai pada Piliharaya Negeri Sarawak 2009.

Kenapa Dr Ambrose lari meninggalkan PKR? Adakah kerana tidak mempunyai harapan mencari peluang bertanding? Ohh semata kuasakah dia melompat parti? Dan sekarang orang ini telah lari masuk PAS untuk mendapat peluang bertanding, dari segi cadangan bakal dicalonkan di kawasan Sibuti.

Jika difikirkan semula, bagaimana orang seperti ini, masuk lompat parti sesuka-hati dan langsung tidak ada prinsip kesetiaan kepada mana-mana parti, boleh diterima PAS sebagai calon bertanding? Apa jenis bentuk kritiria yang diguna pakai pas untuk menapis calon layak bertanding?

Apakah PAS Sarawak jenis parti yang ketandusan calon berwibawa? Persoalan yang paling ingin diketahui rakyat apakah manifesto PAS Sarawak berbeza sama sekali dengan manifesto Semenanjung? kerana Dr Ambrose itu agama apakah sebenarnya? dan bagaimana Dr Ambrose hendak bantu laksanakan hudud di Sarawak? Atau memang sah istilah hudud  sudah tidak wujud dalam kamus PAS.

Sekarang ini yang menjadi persoalan besar PAS ini memperjuangkan pegangan prinsip perjuangan yang bagaimana? Kecelaruan dari segi calon, prinsip yang dibawa berkempen diceramah-ceramah PAS dan dasar yang dipersetujui dalam buku jingga, adalah bercanggah sama sekali. Jadi bagaimana kita hendak kategorikan parti jenis ini?

Jika kita terliti semua persoalan ini, cukup membayangkan PAS tiada halatuju dan cukup celaru menjadi sebuah kerajaan yang layak memerintah negara. Sedang perintah negeri lagi kucar-kacir apatah berhajat perintah negara. Inilah parti katak oh katak Pecah Palak Mikir


No comments:

Isu Terkini

get this widget here