Nibong Tebal: “Ini perbuatan seorang profesional dan mahir menghasilkan bahan letupan,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengenai kejadian letupan di majlis kempen Barisan Nasional (BN) di Taman Jawi Jaya, di sini, kelmarin, menyebabkan seorang petugas parti itu cedera di kaki.
Kejadian itu berlaku jam 10.15 malam ketika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan memberi ucapan di depan lebih 3,000 orang sebelum dikejutkan bunyi letupan kuat dari arah belakang pentas.
Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati bunyi itu berpunca daripada bahan letupan yang disembunyikan dalam longgokan sampah di belakang pentas.
Menurutnya, bahan letupan itu diisi dalam bekas sebesar kotak rokok dan mempunyai penetap masa.
Siasatan mendapati bahan letupan itu dihasilkan semata-mata untuk menghasilkan bunyi dan juga gelombang kuat.
Letupan di Nibong Tebal membuktikan pembangkang mula menggunakan taktik-taktik berunsur keganasan untuk menumbangkan BN. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu. Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan.
Kedua-dua kejadian ini membuktikan bertapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13. Hingga sanggup melakukan apa sahaja demi ke Putrajaya.
Adakah ini sabagai amaran untuk menakutkan rakyat dari menghadiri ceramah-ceramah kempen PRU13 Barisan Nasional?
Oleh itu langkah-langkah ketat perlu dipertingkatkan demi kepentingan bersama.
- Memperketatkan kawalan keselamatan semasa ceramah
- Kawalan ketat di kawasan substation
- mengawal dan memantau kereta yang masuk pakir disepanjang jalan dan kawasan ceramah
- Sentiasa peka dan mempunyai talefon berkamera untuk mengambil apa sahaja bukti jika disyaki sesuatu yang mengancam
Ini penting kerana kita sedang menghadapai satu lagi tindakan tidak bertamadun dari puak-puak yang tidak pernah memikirkan kepentingan bersaing secara matang dan berakal.
No comments:
Post a Comment