Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 27 April 2013

Video Paparan Suaram Membebaskan Timur Leste Secara Sulit


1. Timor Leste, salah sebuah negara merdeka paling muda di dunia, dahulunya ialah sebahagian daripada wilayah Indonesia yang dikenali dengan nama Timor Timur.

2. Sebelum dibebaskan secara rasmi oleh Presiden Gus Dur, kawan baik Anwar Ibrahim pada tahun 2002, wilayah ini mencatatkan pelbagai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha mereka berdiri sebagai sebuah negara merdeka.
3. Ia bermula apabila seorang tokoh penting di sebalik usaha tersebut, dikenali sebagai Xanana Gusmao, menggerakkan kempen kemerdekaan daripada Indonesia yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Suharto.

4. Gusmao turut mendapat sokongan pelbagai pihak asing termasuk sebuah NGO dari Malaysia iaitu SUARAM pimpinan Tian Chua dan R.Sivarasah. Melalui peranan aktif SUARAM inilah, Kuala Lumpur menjadi titik penting kejayaan tuntutan kemerdekaan Timor Timur pada 2002 itu.

5. SUARAM bertanggungjawab menganjurkan Forum Asia Pacific Conference on East Timor (APCET) Siri 2 pada 9 November 1999 selepas siri pertama yang diadakan di Manila, Filiphina pada bulan May, 1994.

6. Selain Malaysia yang diterajui SUARAM, gerakan menyokong kempen kemerdekaan Timor Timur ini turut mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara lagi di rantau Asia Pasifik.

7. Kempen ini sedikit sebanyak telah menekan kerajaan pimpinan Suharto, namun beliau masih bertahan daripada asakan tentera Gusmao sehinggalah krisis kewangan melanda rantau Asia Tenggara pada tahun 1998. Kerajaan Indonesia tidak mempunyai pilihan yang banyak bagi menghadapi krisis ini hingga terpaksa mengambil pinjaman kewangan daripada IMF.

8. Akibat tekanan melampau hasil gerakan reformasi rakyat Indonesia pimpinan Amien Rais (juga kawan baik Anwar Ibrahim), akhirnya Suharto dijatuhkan dan Presiden Gus Dur mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia yang baru. Seperti yang diketahui umum, perkara pertama yang dilakukan oleh Gus dur selepas bergelar Presiden ialah memerdekakan Timor Timur buat selama-lamanyanya. Sejak itu, negara baru merdeka ini mula berkembang sebagai pusat baru pengembangan agama Kristian di rantau ini dengan nama baru iaitu Timor Leste.

9. Bagaimanakah situasi ini berlaku sedangkan Suharto telah berjaya bertahan daripada melihat negaranya kehilangan sebuah wilayah yang besar seperti Timor Timur itu?

10. Inilah natijahnya apabila kerajaan yang dibentuk tidak memiliki kuasa pemutus mutlak atau majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Lebih parah bila kerajaan tersebut hanya tunduk kepada arahan atau tekanan dari dunia luar.

11. Meskipun Forum APCET II cuba dihalang oleh Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Saifuddin Nasution, namun usaha tersebut seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kerana pada masa yang sama, ia menerima sokongan padu dari negara luar termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang SB kemukan awal tadi.

12. Kesemua NGO asing yang terlibat dalam kempen ini pada masa yang sama pula mempunyai kaitan langsung dengan penyangak mata wang George Soros yang merancang kegawatan ekonomi di rantau ini pada tahun 1998. Di sinilah punca sebenar kejatuhan Suharto yang membawa kemerdekaan Timor Timur itu.

13. Rakyat Indonesia sendiri tidak percaya mereka akan kehilangan sebuah wilayah sebesar Semenanjung Malaysia dengan begitu mudah.

14. Kisah kemerdekaan Timor Timur ini sebenarnya mempunyai jalan cerita yang mirip dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Lebih memeranjatkan, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan penglibatan SUARAM dan Tian Chua sendiri dalam insiden tersebut.

5. Sekiranya Timor Leste berjaya membentuk sebuah negara merdeka hasil bantuan dan sokongan SUARAM, tidak mustahil ‘kejayaan’ yang sama boleh dicapai di Sabah. 

1 comment:

Anonymous said...

SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'

Isu Terkini

get this widget here