Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 5 May 2013

Financial Times gelar Anwar Ibrahim “calon yang penuh kontradiksi”


Dalam temuramah bersama Financial Times, wartawan David Pilling menggelar Anwar Ibrahim sebagai seorang “a candidate of contradictions.”

Artikel yang bertajuk “Malaysia’s Complex Politician” ini menunjukkan wartawan asing sudah mula mengenali Anwar Ibrahim secara dekat dan tidak lagi memuja beliau membabi buta.

Anwar juga disifatkan sebagai “bermuka-muka” (Janus-faced) dan suka mengambil kesempatan (Opportunistic).

Artikel juga memetik bagaimana Anwar menghina Tun Mahathir dengan menggesa agar Tun M mati sahaja.

Seluruh dunia sudah mengetahui bahawa Anwar gagal sebagai Menteri Kewangan sehingga Malaysia hampir lumpuh semasa krisis kewangan dunia 1997.

Wartawan juga mempersoalkan bagaimana tiga parti yang berbeza pendapat boleh melaksanakan polisi-polisi yang membawa kebaikan untuk semua.

Isu hudud jelas menjadi kelemahan yang bakal membenamkan Pakatan Rakyat dan cita-cita mereka menawan Putrajaya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here