Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 10 May 2013

Video Wawancara Azmin Ali Perlekehkan Integriti Anwar Dan Wan Azizah

Wawancara Azwan Ali hari ini jelas memaparkan yang Anwar Ibrahim dan Wan Azizah jenis gelojoh hingga terlampau menurut akal nafsu sendiri tanpa berunding dengan ADUN dan MP dari kalangan PR.

Azmin Ali hari ini mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar. Surat yang dihantar Wan Azizah semalam itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua ADUN parti itu. Ini menjadi persoalan apa jenis parti bergitu teruk sekali kendaliannya. Adakah Wan Azizah masih beranggapan yang PKR adalah parti keluarganya. Azmin berkata, setakat ini semua ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya.

Kemudianya Azmin juga mempertikai kaedah Anwar Ibrahim mengadakan himpunan di Klana Jaya yang dapat difahami sebagai kaedah gelojoh. Manakala Azmin Ali mempunyai saranan untuk mengumpulkan segala bukti kesalahan PRU13 dan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi kepada rakyat.

Dari sini cara pendedahan Azmin jelas menggambarkan Anwar sudah tidak releven lagi untuk menjadi ketua PKR. Ekoran tindakan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah juga terlampau tergopoh-gapah menganjurkan himpunan tanpa mencari alternatif yang lebih berkesan untuk kepentingan PKR. Malah Azmin Ali berkata Keadilan Bukan Parti Nepotisme sebaliknya Keadilan adalah sebuah parti reformasi.beliau menegaskan Keadilan bukan milik individu dan parti keadilan adalah milik rakyat. jadi apa maksudnya?


Selain dari itu Portfolio Menteri Besar Selangor yang digalas oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sejak 2008 dilihat tidak begitu memberangsangkan ekoran mendapat banyak aduan daripada penjawat awam dan peniaga di negeri tersebut. Azmin Ali berkata, aduan turut diterima daripada masyarakat setempat kerana tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan yang dibawa oleh Khalid. Jadi dari mana yang PKR mainkan kononnya setiap masalah yang berlaku di Selangor adalah propaganda UMNO BN? 

Malah situasi ini benar-benar memaparkan PKR selama ini parti yang berserabut dan masa PRU13 semuanya adalah dusta yang konon Anwar terbaik... Boleh jalan daaa.. Malah benarlah juga yang selama ini Wan Azizah terlampau pergunakan PKR sebagai parti yang berkepentingan kepada keluarganya semata-mata.

Yang jelas cara pendekatan Azmin Ali seolah-olah cuba menyingkirkan Anwar dan Wan Azizah dari terus berada sebagai ketua atau presiden PKR. Malah boleh menjelaskan yang Anwar Ibrahim sesungguhnya sudah tidak layak menjadi Ketua Pembankang mewakili Pakatan Rakyat. Jika kita telitikan siapakah yang bakal ambil alihnya nanti?

Inilah pergolakan yang boleh menjatuhkan peranan Anwar anak beranak secara mutlak dalam PKR jika situasi ini berlanjutan memperngaruhi setiap MP dan ADUN dalam PKR. Sesungguhnya Azmin mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan ADUN dan MP. Cuma masa dan waktu yang bakal menentukan samada PKR ini wujud atau pupus.

Persoalanya sekarang rakyat Selangor sudah ditipu hidup-hidup oleh PKR... 


4 comments:

Anonymous said...

Kenapa tak bagi aku MB Selangor

Anonymous said...

Apa dah jdi???? Ingatkan ok sampai hujong. Ku sangka panas sampai ke petang rupa nya hujan si tgh hari.

Malaysian Crisis said...

UMNOBN memang pukimak.....hehe....

Anonymous said...

Memang pukimak emak engkau

Isu Terkini

get this widget here