Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 5 June 2013

Didiskriminasi Graduan Melayu Cecah 95.8%

Satu kajian yang dilakukan seorang penyelidik sebuah universiti awam mengesahkan wujud diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

"Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.

"Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu," menurut kajian itu.

Kajian tersebut hanya melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

Menurut kajian itu, graduan daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.

"Sambutan majikan terhadap graduan IPTS adalah rendah dan hanya graduan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) termasuk kaum Melayu yang belajar di situ menjadi pilihan terutama dalam bidang perakaunan.

"Graduan kaum Melayu yang boleh menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil menghadiri temu duga berbanding yang tidak mempunyai kebolehan itu," mengikut kajian itu.

Kajian itu merumuskan supaya kerajaan memandang serius isu berkenaan bagi memastikan diskriminasi terhadap graduan Melayu tidak berterusan.

"Sudah sampai masa kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia menggubal Akta Peluang Saksama dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta ini supaya tiada sebarang diskriminasi berlaku di negara ini," menurut kajian itu.

2 comments:

Anonymous said...

Sampai bila keadaan seperti ini harus di biarkan. Dah lah mereka dah lama boikot barangan bumiputra, mereka juga dah lama boikot pengambilan pekerja Melayu. Bila lagi Melayu nak sedar ni.

Anonymous said...

Gaji pekerja myanmar kemudahan disediakan kerja ngula lagi tinggi dari pekerja Melayu ni camne?

Isu Terkini

get this widget here