Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 24 June 2013

Siapa Kata #Blackout505 Gagal Ini Bukti Kejayaannya


Siapa kata siri demo arahan Anwar pasca PRU13 gagal. Anda silap! hakikatnya Blackout 505 hanya gagal dari matlamat tetapi dari segi maksud "blackout" Anwar berjaya dengan cermelang gemilang terbilang. Ini bukti gambar-gambar dan video buat anda.

Asal perkataan blackout 505 diambil semperna satu operasi sulit membangkit perasaan rakyat yang dilakukan Red Bean Army konon ada pusat pengiraan undi berlaku pengiraan dalam situasi tiada bekalan elektrik. tetapi poster ini menjawap apa yang sebenarnya berlaku.

Akibat dari itu Anwar dan Wan Azizah berserta sekutu-sekutu PR yang lain hanya mampu tampil ke balai polis untuk membuat lapuran isu Dakwat Kekal dan sehingga sekarang tiada satupun report berkenaan situasi blackout di bilik kiraan undi pasca PRU13.

Dengan ini tujuan menggunakan jenama Blackout 505 sebenar tiada asas kukuh untuk dibawa dipentas politik Malaysia.

Namun bergitu oleh kerana Anwar mengalami sindrom gila angka yang cuba dicanang-canangkankan dengan perbezaan undi popular berbanding kiraan kerusi yang dimenang menyebabkan Anwar bernekad untuk mendagangkan jenama Blackout sebagai agenda peribadinya. Klik dan lihat pautan video ini

Kerana maksud Blackout dan berberapa isu lain berbangkit Anwar lebih dilihat berjuang sendirian berbanding dikalangan calon-calon Pakatan Rakyat yang menang bertanding pada Pasca PRU13. Anwar tetap tidak peduli kerana dia kecewa kempunan tidak dapat jadi PM ke7. Ini bukti pertama blackout berjaya berlaku hingga dalam komuniti Pakatan Rakyat sendiri yang terkena wabak blackout.

Tinggal Anwar dan penyokong tegar termasuk Husam Musa yang berganda-ganda kecewa dalam pasca PRU13. Sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan mati syahid bagi sesiapa yang mati ketika berjuang dalam blackout 505. Ini bukti blackout kedua menjadi sindrom hilang akal Husam yang sebelum ini tidak bergitu berani sampai keluarkan faktwa dahsyat ini.

Kemudiannya Anwar terus berkempen untuk memboikot hari angkat sumpah sebagai MP tetapi ini juga belaku bencana Blackout apabila hanya Anwar seorang sahajalah boleh teruskan adengan pulaukan majlis angkat sumpah MP.

Malah Adam Adli yang bergitu berani bersuara jatuhkan kerajaan pun telah Blackout bila sempat rasa nasi ikan masin dalam lokap. Huh hilang sorang jentera kuat Anwar.

Dalam masa yang sama, siri jelajah blackout berlaku di seluruh Malaysia tetapi jumlah penyertaan teruk berbanding BERSIH, LYNAS dan Demo Keadilan semasa Anwar dipecat adalah ketara lebih jauh tinggi jumlah rakyat sanggup turun padang bersama dengannya. Blackout 505 gagal mencapai 20% dari jumlah hadir pada siri demo yang lain. Lihat demostrasi anjuran Anwar kena sindrom blackout juga.

Kemudian Azmin Ali buat hal di Padang Merbok "Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya.

Alamak kerana bidasan ini menyebabkan Anawar tiada pilihan selain turut serta angkat sumpah hari ini. Fuh memang teruk Anwar di blackout oleh komuniti PR. Tetapi ada lebih teruk kena blackout iaitu penyokong tegar Anwar dimana ketika Anwar bergelak ketawa di dewan diaorang ini dah 33 orang kena tangkap tetapi ada siapa ambil kisah nasib mereka di luar dewan. Inilah sindrom paling teruk selain otak Anwar yang Blackout tetapi penyokong tegarnya berganda-ganda blackout otaknya. Macam mentol putus sumbunya....  Lihat poster atas sekali...

Jadi siapa kata blackout 505 gagal?



No comments:

Isu Terkini

get this widget here