Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 7 July 2013

Video Dosa Mursi Hingga Memungkinkan Dihukuman Bunuh

Situasi di Mesir semakin meruncing, dikhuatiri merebak ke tahap Perang Saudara. Pelbagai spekulasi dibangkitkan demi menghalalkan pengulingan Mursi, dan ini antara pautan video menggambarkan Mursi ditaktor dan wajip ditumbangkan.

Mursi digambarkan sebagai menghasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan gagal tunaikan janji pilihan raya serta pilih kasih hingga melantik ahli Ikhwanul Muslimin menduduki jawatan kanan. Spekulasi biasa digunakan dimana-mana negara islam lain, nampak berjaya menghalalkan penggulingan Mursi tetapi adakah cukup mendapat restu rakyat Mesir? Lihat video ini yang menunjukan saat-saat getir Mursi ditahan tentera Mesir

Sehingga kini, dimana Muhammed Mursi dipenjarakan amat dirahsiakan malah apa nasib isteri dan anaknya juga tidak diketahui. Tetapi berdasar sejarah mesir, adakah Mursi bakal menerima nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Persoalan ini semakin menghantui penyokong kuat Mursi yang sehingga sekarang belum ada tanda-tanda untuk bersurai dari demostrasi melawan tentera di jalan raya. Malah kedengaran kumpulan bersenjata Ansar al-Shariah di Mesir hari ini menyifatkan tindakan tentera yang menggulingkan Mursi sebagai satu pengisytiharan perang dan mengancam menggunakan keganasan untuk melaksanakan undang-undang Islam. Malah mereka sedang memberi  latihan kepada kumpulan mereka, untuk mempertahankan Mursi. Jika laporan internet ini benar, boleh memungkinkan perang saudara berlaku di Mesir.

Siapakah dalang kejatuhan Mursi boleh dilihat bilamana Presiden sementara membuat keputusan melantik barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, iaitu dibarisi Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid dan selepas ini apa nasib Mesir?

Inilah akibat pergolakan dari individu sengaja membenarkan campurtangan kuasa asing. Kuasa asing cukup lama panas hati, apatah sikap Mursi bergitu tegas terhadap pembebasan Palestin.

Inilah nasib sebuah negara islam jika terdapat dalang yang tidak mampu terima hakikat Qada dan Qadar bila dikalahkan dalam Pilihanraya dan sanggup mencari bantuan kuasa asing demi membolehkan dirinya sebagai seorang berkuasa.

Pengkhianat sebergini terdapat diserata negara islam di dunia... Awas kita perlu  ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku di Mesir demi mempertahankan kedaulatan negara kita.



4 comments:

Anonymous said...

kat tanah melayu pn diorang nak buat macam tu

Anonymous said...

Amerika laknat. yahudi laknat. Inilah tangan ghaib di sebalik kekecohan ni.

Anonymous said...

kata2 yang kena pada penulis sendiri
jom tolak sekularisme
bertaubat lah

Unknown said...

Jangan lupa, kumpulan Ikhwanul Islam dimulakan oleh Amerika melalui Illuminiti. Tolong baca, IM bekerja untuk siapa dan juga ketahui mengapa kalau ahli yg penting meninggalkan IM akan dibunuh akhirnya.

Isu Terkini

get this widget here