Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 30 September 2013

Panas Surat Sulit Yang Tidak Sempat Dibacakan Oleh Chin Peng

Banyak kisah Chin Peng sedang rungkaikan satu persatu untuk membuktikan siapa sebenarnya Chin Peng sdbelum rakyat Malaysua terutama generasi baru terpedaya dengan anasir yang sedang menapulasikan propaganda Chin Peng sebagai agenda baru dalam menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera. Lihat isi surat ini..

Kepada 
roh nya si Chin Peng di Mana saja kamu berada,(s.k. Semua penyokong2, komrad2 pengganas Komunis mu di Malaysia atau luar Malaysia dan semua yang berusaha mengangkatmu sebagai "perjuang Kemerdekaan") Mendiang roh nya si Chin Peng yang sangat zalim,jahat & durjana,

1.Kamu tidak boleh lari dari dosa2 kamu yang tak terampun & tidak mungkin diampun ( "your unforgotten & unforgiven sins" ) kerana kamu pun tak pernah memohon ampun malah bangga bertanggungjawab membunuh,menyiksa dan menzalimi tanpa belas kasihan atau peri kemanusiaan langsung puluhan ribu warga negara kami yang tidak berdosa , yang berbilang bangsa kecil besar tua muda Anggota Tentera , Polis DiRaja & dan orang2 biasa.

2. Kamu telah menzalimi Negara kami dan rakyatnya semata mata kamu mahu merampas hak dan maruah mereka untuk kepentingan kamu dan rakan2 komunis kamu. 

3. Kamu & rakan2 jahat kamu itu TIADA justifikasi langsung untuk mencabut nyawa sesiapa pun apa telah lagi nyawa kononnya warga Negara yang kamu pohon ingin menjadi sewarganegaranya? Apakah kamu semua tidak malu, selepas kamu mencemari bumi kami ini dengan darah-darah mereka kamu minta di hormati setinggi-tingginya dengan maruah lebih tinggi dari mereka yang kamu bunuh dan zalimi itu? 

4. Justeru itu dengan kejahatan kamu itu, apakah ada beza dari segi "kemuliaan" kamu dengan Pol Pot,Radovan Karadic,Hitler,Monshi Dayan, Ariel Sharon,Stalin, Benjamin Nathanahu, dan syaitan2 manusia yang lain?

5. OLEH YANG DEMIKIAN sudah lah roh kamu itu cuba menghantui Negara kami .Walaupun senyuman kamu itu memukau pengikut2 & penyokong2 mu , namun ketahuilah roh roh mangsa mangsa kamu dan semua ahli keluarga mereka sedikit put tidak dapat menerimanya kerana senyuman kamu itu adalah senyuman iblis yang zalim sezalim-zalimnya . 

6. KETAHUILAH JUGA NAGARA KAMI TIDAK AKAN MENERIMA KEHADIRAN MU ATAU ABU ABU KAMU WALAUPUN HANYA SEKETIKA KERANA KAMU HARAM & TIADA HAK BERADA ATAU MEMIJAK DI BUMI YANG PERNAH KAMU WARNAI DENGAN ANGKUH SEKALI DARAH MANUSIA SEMERAH - MERAHNYA .
7. MAKA JANGANLAH KAMU GANGGU KAMI. LAGI. 

BYE BYE FOREVER.
Ikhlas Daripada,
DATO' IDRIS BUANG 
(DI-ANTARA WARGA2 MALAYSIA YANG ANTI-KEKEJAMAN)
September 27, 2013

No comments:

Isu Terkini

get this widget here