Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 26 September 2013

#PAU13 Antara Birokrasi Mengatasi Demokrasi Menyingkir #TF4MT

Suasana alam maya kecoh bila ura-ura Tun Faisal tidak tersenarai dalam calon Majlis Tertinggi kerana tidak melepasi syarat minima iaitu menjadi AJK Bahagian sepenggal.

Beliau merupakan pemegang jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia pada penggal lepas dan bagi saya kalau ikut strata logik dan akal jawatan di pusat adalah lebih tinggi dari jawatan di bahagian walaupun dalam sayap parti sekalipun.

Oleh itu sepatutnya tidak timbul masaalah konon tidak layak kerana tidak melepasi syarat minima.

Kalau mencanang bahawa parti kita telah menjalani Transformasi dengan menggalakkan Demokrasi.

Namun apa yang lihat dalam kes Tun Faisal demokrasi parti telah dihalang dengan birokrasi yang remeh.

Sudahlah susun atur nombor calon pada hari pencalonan carca marba kini nampak parti kita seolah-olah terlalu keras dari segi karenah birokrasi remeh.

PPM amat berharap perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan UMNO pusat membenarkan Tun Faisal untuk menawarkan khidmat beliau kepada parti.

Jangan halang pertandingan, beri perwakilan kebebasan untuk memilih, samaada undi nak diberi atau tidak itu hak masing-masing.

Janganlah kerana remehnya birokrasi, terbantutnya transformasi, tersentapnya demokrasi dalam parti.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here