Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 4 September 2013

Perh Terbongkar Bukti Ron95 Lebih Mahal Dari Ron97

Hangpa yang bertenkaq bagai nak rak pasai Ron95 vs Ron97 mana lebih mahal. Nah ini dia dok bukti tang-tang terpapang. Boleh dok auta pusing melilau buat. Kalau subsidi terbang 2 kupang semua ngelabah. Tapi ban beza ron ini biaq sama-sama perjelas dulu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.

“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,”

“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

“Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.

Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.

Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.


1 comment:

Cili Api Bloggers said...

Salam, mohon perkongsian dari tuan, juga mohon link http://orangkampungcyber.blogspot.com dlm blog list tuan..tima kasih.

Isu Terkini

get this widget here