Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 29 September 2013

Video 2000++ Pengundi Hantu Dikesan Dalam CEC DAP

Sudah buat hal lagi Guan Eng memang menjadi habuan tuntutan saman dari ahli-ahli DAP yang tidak puas hati terutama dari golongan India dan Melayu. Ini kerana keenggan Lim Guan Eng mendedahkan siapa sebenarnya lebih 2000 lebih orang yang masuk mengundi dalam CEC DAP buat kali keduanya selepas pembatalan CEC DAP November lepas oleh ROS.


SEREMBAN 28 Sept - Satu writ saman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menuntut Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng menyenaraikan 2,576 nama perwakilan yang layak memilih pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Writ saman itu telah dilakukan oleh Pengerusi DAP cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Soosay dan Setiausaha DAP cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan.

Menurut Richard, writ saman itu dibuat bagi menuntut Guan Eng menyenaraikan 2,576 nama delegasi yang layak memilih pada CEC akan datang.

"Kami minta mereka (parti) kemukakan senaraikan nama itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Himpunan Aman Mendesak Guan Eng dan Anthony Loke letak jawatan di Dataran Seremban di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi David Dass berkata, beliau percaya pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meminta Guan Eng mengemukakan senarai tersebut namun gagal mendapat kerjasama.

"Saya percaya ROS juga memintanya banyak kali tetapi mereka tidak pernah senaraikan...sebagai ahli DAP, kita minta," katanya.

Kongres Khas DAP yang akan diadakan di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor pada 29 September (esok) ini bagi memilih 20 anggota parti. Dari Sumber Berita

No comments:

Isu Terkini

get this widget here