Haji Hadi kadang-kadang bijak dan adakalanya keterlampauan ketika mengeluarkan kenyataan. Merujuk kepada kenyataan:
"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.
"Penjenayah ada kecil besar," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.
Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:
"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya," katanya sambil ketawa kecil.
Cara hujah Haji Hadi memanglah nampak seakan-akan membela kenyataan Zahid Hamidi. Tetapi fikirkanlah Haji Hadi lebih bermaksudkan polis harus bersedia menggunakan senjata bagi pilihan kedua.
Ini meletakan nilai nyawa polis tersebut pada kadar paling murah. Bermakna polis harus abaikan soal keselamatan dirinya demi memuaskan hati pemimpin Pakatan Rakyat.
Tidak ubah seperti nyawa penjenayah lebih bernilai berbanding nyawa seorang anggota polis yang mengjaga kententeraman dan keselamatan rakyat Malaysia.
Jikalah Haji Hadi sebagai seorang anggota polis sedang berhadapan dengan situasi penjenayah naik minyak menerpa serang dengan senjata parang, anda rasa Haji Hadi akan bersilat dahulu atau menembak menggunakan pistol?
No comments:
Post a Comment