Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 30 October 2013

Janji-janji Mukhriz Kepada Arwah Azizan Menjadi Agenda Kerajaan Kedah

Ramai yang tidak tahu apakah perjanjian antara Mukhriz dengan Arwah Azizan semasa peralihan kuasa kerajaan Kedah PAS kepada UMNO. Ini membuktikan sesungguhnya Arwah Aizan lebih mengharap dengan Datuk Mukriz berbanding ahli-ahli PAS sendiri yang sentiasa mengkhianati Arwah hingga akhir hayatnya. Cerita ini diceritakan secara mendalam di pautan ini. Dan di bawah adalah luahan secara peribadi oleh Datuk Mukhriz.

Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah mengkhianati janji apabila diminta oleh bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak supaya menjaga Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di bawah pentadbirannya.

Beliau berkata, Kuin kini dijaga sebaik mungkin menerusi cara pentadbirannya yang tersendiri dengan memastikan kebajikan warga kolej universiti berkenaan terbela.

Katanya, beliau bukan jenis mungkir janji tetapi perlu dilihat juga apa janji yang dibuat.

"Allahyarham minta saya menjaga Kuin dan saya berjanji akan jaga. Jadi itu yang saya buat. Saya tafsirkan apabila Allahyarham menyebut supaya menjaga Kuin itu maksudnya menjaga warga Kuin, tidak semestinya bangunan kerana itu hanya fizikal. Yang kita hendak jaga warga Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang di sini hari ini.

Mukhriz mengulas mengenai isu yang dimainkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kononnya beliau enggan meneruskan legasi Allahyarham Azizan termasuk melibatkan kampus Kuin.

Mereka juga menuduh Menteri Besar Kedah tersebut mengkhianati amanah yang diberikan oleh Azizan berhubung Kuin.

Mukhriz berkata, beliau tidak pelik apabila pelbagai persepsi ditimbulkan mengenai beliau kerana dalam PRK seperti ini, ia merupakan masa untuk perkara seperti itu disensasi atau dipolitikkan.

Tegas beliau, apa pun keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri, ia akan dipastikan bertepatan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Mukhriz, semua pihak memahami apabila berlaku peralihan kuasa pentadbiran, Menteri Besar baharu yang akan menentukan hala tuju kerajaan negeri.

"Apatah lagi peralihan kuasa ini berlaku antara dua parti berbeza. Tiada istilah yang mana Menteri Besar baharu yang datang dari parti berbeza mewarisi tanggungjawab daripada pihak sebelumnya.

"Kita mempunyai hak eksekutif untuk membuat keputusan sendiri. Yang penting kepentingan warga Kuin tentu diberi keutamaan," ujar beliau.

Justeru, kata Mukhriz, tidak timbul isu sama ada beliau mengkhianati janjinya terhadap Allahyarham Azizan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau.

"Ia tidak langsung berlaku. Kalau hendak cerita pasal khianat ini, saya ingat ada orang lain yang lebih mengkhianati," katanya.

Artikel Penuh:

Ketenangan dan kematangan Datuk Mukhriz terserlah sebagai calon generasi pelapis yang bakal memimpin di peringkat tertinggi pemerintahan negara.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here