Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 30 October 2013

Bukti-bukti PAS Tertekan Dengan Aura Berbisa Muhyiddin Yassin #PRKSungaiLimau

PRK Sungai Limau cukup menggambarkan PAS amat terdesak hingga sanggup menggunakan pelbagai kaedah dan helah untuk memperngaruhi pengundi Sungai Limau, supaya terus menghindar dan membenci Muhyiddin Yassin dan seluruh jentera UMNO yang bergerak aktif dalam kempen PRK Sungai Limau.

Sentuhan aura Muhyiddin amat berbisa buat PAS. Sambutan dikalangan warga pondok juga luar biasa. Mereka semakin selesa dengan kehadiran Muhyiddin hinggakan diberi sambutan mengalakan tanpa ada sebarang insiden memboikot.

Ini jelas membuktikan dengan kekuatan Mukhriz bersifat keagamaan dan gabungan Muhyiddin Yasin yang amat faham kehendak dan tuntutan masyarakat Sungai Limau, telah memberi satu gambaran jelas yang penerimaan kehadiran UMNO kini telah meningkat ke fasa tertinggi di Sungai Limau, ke satu fasa masyarakat Sungai Limau bergitu yakin dengan prinsip pembela ABATA UMNO berbanding PAS.

Sikap dan corak kempen PAS adalah lebih kepada mengangkat isu-isu remeh tetapi tidak berani membawa isu ABATA seperti NGO COMANGO yang didalangi Pakatan Rakyat sedang rancak menuntut penghapusan Islam Agama Resmi Malaysia, kebebasan LGBT dan banyak isu lain Rujuk siaran PPM yang lepas. Ini membuktikan PAS sekadar dahaga kuasa tetapi enggan bertangungjawap jika rakyat memberi peluang memikul amanah.

Apa yang pasti PAS sekadar mendabit mereka lebih islam dan menidak UMNO sebahagian darinya seperti ceramah Abby Abadi dan Bob Lokman di Sungai Limau. Berbeza dengan UMNO berkempen dengan selogan merapatkan perpaduan sesama islam bukan bertujuan memenangi PRK Sungai Limau semata-mata. Pada UMNO menang atau kalah bukan ukuran tetapi yang penting merapatkan jurang pertelingkahan sesama islam sesama melayu khasnya di Kedah.


JERAI 29 Okt. - Kerajaan akan terus komited dalam memartabatkan agama Islam di negara ini dan memastikan umat Islam terus maju dari semua aspek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada negara lain yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia dan sejak dari dahulu kerajaan melakukan pelbagai usaha memajukan iktisad, ekonomi dan sosial umat Islam.

"Usaha dilakukan telah memberi manfaat besar kepada umat Islam seperti pembinaan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful Islam, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi," kata ketika berucap pada majlis bersama penduduk Bukit Choras di sini hari ini.

Terdahulu beliau melawat Madrasah Mazahirul Ulum dan mengumumkan bantuan sebanyak RM350,000 bagi pembinaan bangunan pusat tahfiz yang telah ditubuhkan sejak tahun 1995.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk melebarkan jalan Kampung Bukit Choras.

Menurut Muhyiddin, pembangunan umat Islam tidak akan berjaya ia tidak mendapat sokongan rakyat yang prihatin tentang Islam.

Sehubungan itu beliau meminta penduduk Sungai Limau bersama-sama kerajaan dan memilih wakil kalangan pemimpin yang mewakili kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan daripada pembangunan yang dilaksanakan.

"Saya umum peruntukan hari ini tanpa bertanya sama ada Pengerusi Madrasah, Shahrul Nizam Salleh sokong kerajaan atau Pas, ia semata-mata untuk kebaikan anak-anak kita, tapi saya harap beliau sokong kita," kata Muhyiddin.

Walaupun telah banyak dilakukan kerajaan untuk memartabatkan Islam, kata Muhyiddin, tetapi banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan kerajaan memberi komitmen berterusan.

Sementara itu Shahrul Nizam ketika berucap berharap kerajaan terus memberi sokongan kepada pusat pengajian pondok yang menjadi benteng bagi mempertahankan akidah umat Islam daripada pengaruh negatif seperti fahaman Syiah yang menular di negara ini.

"Ulama-ulama yang dilahirkan dari sekolah pondok yang bangkit menentang fahaman sesat dan membahayakan umat Islam," katanya. - UTUSAN ONLINE


Apa yang pasti pengumuman Muhyiddin Yasin mendapat sambutan baik dan bukan sekadar janji menambah baik tetapi, kehadiran Muhyiddin memberi impak besar dan cukup menggambarkan UMNO telah meletakan Mukhriz ditempat yang betul di Kedah malah UMNO tidak silap pencaturan dalam meletak Mukriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Semoga dengan izin Allah PRK Sungai Limau diterjemahkan melalui undi dengan memihak kepada UMNO. Semangat Berani Hijrah.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here