Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 27 October 2013

Kisah Angin Phahrolrazi "Pergi Mampus" Meluap-luap Dengan Mahfuz


Dulu rakan sekole sama-sama perjatuhkan Arwah Azizan tetapi sekarang Phahrolrazi sudah tak tahan siap maki "Pergi mampus PRK Sungai Limau" Apahalnya kalau diikut-ikut Mahfuz rakan sekole sudah berjaya perdajal Phahrolrazi hidup-hidup rupanya. Hah itulah akibat perasaan dengki tidak bertempat makan diri, Mari kita perati betul ke tidak seperti yang diceritakan di bawah.

Phahrolrazi Zawawi adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Pesuruhjaya PAS pula adalah Mahfuz Omar. Dalam hal akademik, latar belakang Phahrolrazi Zawawi lebih meyakinkan dan jauh lebih baik berbanding Mahfuz Omar yang hanya lulusan SRP. Malah dari segi pengalaman mengenai politik setempat, Phahrolrazi juga lebih faham dan arif memandangkan dia adalah bekas Exco Negeri Kedah dan kegiatannya hanya berlegar di negeri Kedah, berbanding Mahfuz Omar yang merupakan pemimpin Pusat dan lebih banyak terdedah kepada isu-isu nasional. 

Ketika konspirasi menggulingkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak daripada jawatan Pesuruhjaya PAS dan Menteri Besar Kedah, Phahrolrazi Zawawi merupakan pemain utama. Mahfuz Omar melihat ruang yang lebih besar memandangkan dia adalah Naib Presiden dan bijak mengambil kesempatan. Phahrolrazi Zawawi dalam buruannya untuk menjadi Menteri Besar Kedah, telah bersekongkol dengan Mahfuz Omar. Maka, terjadilah peristiwa Phahrolrazi Zawawi bersama-sama beberapa orang Exco cuba memulaukan upacara angkat sumpah terima tugas pada Februari 2012 lalu.

Suasana politik di Kedah pada ketika itu menjadi kecoh. Bukan kerana kecoh tersebut disebabkan oleh UMNO tetapi disebabkan oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri. Pada masa itulah Mahfuz Omar menggunakan kedudukannya sebagai Naib Presiden untuk mewujudkan JAWATANKUASA PEMANDU yang cuba merampas kuasa Menteri Besar Kedah untuk diserahkan kepadanya. Azizan bagaimanapun, berkeras dan bertegas dengan keputusannya, enggan berundur dan terus mengekalkan jawatannya. 

Tidak lama kemudian, Azizan mulai menjadikan hospital sebagai rumah keduanya. Lebih banyak bekas Menteri Besar itu berada di hospital berbanding di pejabat. 

Phahrolrazi masih cuba untuk bersikap sabar dan menunggu pada saat-saat akhir sebelum merampas kedudukan Azizan. Bagaimanapun, Mahfuz tidak menunggu lama. Sebaik-baik sahaja Tan Sri Azizan dimasukkan ke hospital selepas keputusan PRU13 diumumkan kerana jangkitan pada kedua-dua belah kakinya, Mahfuz serta-merta melancarkan serangan mengejut. Kedudukannya selaku Naib Presiden, memudahkannya untuk merampas jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah. 

Kejayaan Mahfuz menyebabkan Phahrolrazi terkulat-kulat dan menggigit jari. 

Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau telah meletakkan Mahfuz Omar sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya PAS. Manakala Phahrolrazi pula hanya diberikan tugas yang hanya untuk membuktikan bahawa perlantikan Mahfuz ke jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah adalah tepat. 

Keputusan PAS Pusat itu menimbulkan perasaan tidak puas hati Phahrolrazi. Lebih mengecewakannya lagi ialah apabila dia hanya dilantik untuk 'menjaga' PDM Dulang Besar dan Dulang Kecil yang merupakan antara kubu UMNO-BN di Sungai Limau.

Phahrolrazi mendakwa JPN PAS Kedah cuba melenyapkan kredibilitinya sebagai pemimpin kanan PAS Kedah. Dia juga mendakwa, tindakan PAS Kedah yang dipimpin oleh Mahfuz Omar hanya melantiknya hanya sebagai PENJAGA UPU (Dulang Kecil dan Dulang Besar) pada PRK ini adalah muslihat terancang seteru politiknya untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya mencacatkan kredibilitinya.

Bahkan Phahrolrazi juga menjangkakan PAS akan kalah di kedua-dua UPU tersebut sekaligus menjadikan dirinya sebagai sasaran serangan dan kecaman konco-konco Mahfuz Omar. Paling menyakitkan hatinya ialah apabila Pengarah Operasi Induk PRK telah diberikan kepada Amiruddin Hamzah yang merupakan timbalannya dalam PAS Kawasan Kuala Kedah. 

Menurutnya lagi, tindakan JPN itu telah dipengaruhi oleh Mahfuz Omar yang menganggap, Phahrolrazi adalah pesaing terdekatnya untuk menerajui PAS Kedah. 

Barangkali kerana sakit hatinya itulah, Phahrolrazi secara tidak sengaja telah berkata, "PERGI MAMPUSLAH PILIHANRAYA NI!" kepada seseorang menerusi panggilan telefon!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here