Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 1 October 2013

Penangan Mukhriz Membakar Pejuang-pejuang ABATA

Mukhriz sebelum ini jarang menonjol diri di kawasan luar Kedah kecuali memenuhi rutinnya sebagai Menteri di luar negara. Kali ini setelah bergelar Menteri Besar Kedah, pergerakan Mukhriz telah mula bergerak serata negeri untuk membakar semangat juang pejuang-pejuang ABATA. Demi memperkasakan UMNO. Ini dimamfaatkan di dalam Majlis dialog Agenda ABATA anjuran sebuah NGO
Malam tadi bertempat di SIGC Seremban, team kami berpeluang menghadiri Majlis gerakan NGO Negeri Sembilan bersama tetamu dif jemputan Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir. 

Turut hadir hampir seluruh gerakan NGO-NGO bersekutu di Negeri Sembilan yang diketuai oleh YB Adun Ampangan Tn. Hj Abu Ubaidah yang mana mendapat sambutan diluar jangkaan pihak penganjur. 

Pada majlis tersebut, kami berpeluang berinteraksi secara terus dan telus berbagai-bagai isu pertanyaan akan tentang rahsia kejayaan UMNO Kedah dibawah gerakan pimpinan Dato Paduka Mukhriz didalam menawan kembali KEDAH daripada Pakatan Rakyat sebelum ini. 



Diantara butiran interaksi beliau bersama hadirin, aspek penekanaan manifesto modal insan semasa PRU13 yg lepas iaitu "Demi AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR" telah memberi impak yang cukup besar kepada seluruh pengundi-pengundi Kedah dan juga UMNO KEDAH. 

Selain itu juga, kejayaan UMNO KEDAH patut dijadikan contoh terutamanya dalam 'meremajakan UMNO' , Penulis berpendapat, jika gerak kerja yang ditunjukkan oleh Dato Paduka Mukhriz ini membuahkan hasil, maka ia patut dijadikan intipati utama didalam semua jiwa pemimpin UMNO. Rata-rata rakyat Kedah tidak mengira parti dari dulu lagi amat kenal dengan Dato Mukhriz dan Ayahanda Tun Dr.Mahathir didalam membantu madrasah-madrasah dan pondok-pondok agama sebelum beliau aktif didalam bidang politik. 

Akan tetapi semasa pemerintahan parti yang lalu, hampir keseluruhan madrasah-madrasah dan pondok-pondok agama di Kedah di pandang sepi. Bahkan ia juga berlaku di negeri-negeri dibawah tadbir pakatan yang mana hak pembelaan diabaikan. Sebagai contoh, peratusan pengundi golongan ilmuan agama di Selangor telah meningkatkan undi mereka pada pru13 yg lepas kepada 40% kepada Pakatan Rakyat, akan tetapi, pembelaan terhadap kelompok ini masih dipinggirkan sepi oleh kerajaan negeri. Ini diakui sendiri oleh salah sebuah Madrasah yang mempunyai cawangan di Selangor yang mana telah mengajukan keluhan terbuka kepada Dato Paduka Mukhriz malam tadi secara terang-terangan disaksikan oleh ratusan hadirin yang hadir. 



Apapun, kami mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan juga Dato Paduka Mukhriz kerana sudi menghadirkan diri bersama kami dan kami berharap agar PRK Sg.Limau yang bakal diadakan tidak lama lagi akan menjadi milik UMNO!. HIDUP MELAYU!!! HIDUP UMNO!! RAPATKAN BARISAN!!!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here