Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 14 October 2013

Teori Kemenangan Khairy Shahrizat Indicator Kemenangan Hishamudin VS Mukhriz

Yang pertama perlu PPM ucapkan adalah Tahniah kepada Khairy Jamaluddin dan Shahrizat kerana berjaya pertahankan kedudukan mereka sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Tetapi benarkah ini satu teori indicator kemenangan Hishamudin?

Sebelum kita kepada tajuk asal posting ini. Biar PPM hujahkan kenapa Shahrizat dan Khairy layak merayakan kemenangan mereka.

Khairy layak merayakan kemenangannya kerana, PPM percaya akar umbi UMNO cukup yakin kemampuan KJ yang berpengalaman dalam recah pahit maung, suka duka mengharungi gelombang politik Malaysia apatah KJ sering hadapi pelbagai dugaan tanpa gentar dan berkemahiran menangkis dan menyejukan apa jua isu-isu yang timbul. Ini kelebihan yang menjadi tuntutan akar umbi Pemuda UMNO hingga sanggup menyangkal calon-calon lain.

Kepada Wanita yang menaruh kepercayaan tanpa berbelah bahagi kepada kak Jat, kita patut ucapkan tahniah. Pada PPM isu skandal adalah isu mainan Pakatan yang tidak mahu Wanita berdiri teguh diberlakang kak Jat.

Ini isu rumah tangga UMNO dan bukan isu Nasional. PPM percaya akar umbi Wanita lebih mengenali dan faham cara kerja Kak Jat dan mereka tidak takut untuk pikul beban skandal yang dibawa oleh Kak Jat walaupun untuk menghadapi PRU14. 

Dari segi logik wanita sebenarnya tewas jika menolak pencalonan Kak Jat hanya semata-mata lut dengan tikaman skandal yang menjadi senjata serangan Pakatan Rakyat.

Namun bergitu, adakah kemenangan mereka ini adakah menjadi indicator kemenangan Hishamudin sebagai Naib Presiden yang bakal dipilih nanti?

Mengikut pola rating populariti Naib Presiden Hishamudin kelihatan agak goyah tetapi jangan kita lupa bahawasanya cara Kj dan Kak Jat berkempen dengan membawa sokongan kepada H20?

Senjata KJ dan Kak Jat cukup ampuh dan berkesan hingga mereka boleh menang secara mutlak dan kempen mereka juga bakal memberi kesan kepada pola pengundian H20. Dalam masa yang sama KJ kelihatan terang-terang berkempen untuk H20.

Perlu kita ingat bahawa setiap ketua Pemuda di cawangan mempunyai satu undi pada minggu hadapan. Selain undi2 dari line up pemuda penggal sebelum ini yang telah terserap ke dalam cawangan dan bahagian.

Jika ini yg bakal berlaku..maka benarlah cakap-cakap mengatakan bahawa Hishamudin adalah legasi selepas Najib dan KJ bakal menyusul utk menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah negara. In Sya Allah jika diizinkan Allah.

Bayangan corak kepimpinan dan line up kepimpinan negara akan datang telah berada di depan mata?

PPM juga melihat dua calon Zahid Hamidi yang tidak mungkin kalah kerana sikap dan keberanian beliau menghadapi dugaan dan calon Shafie Apdal juga adalah satu-satu wakil tunggal negeri Sabah yang memberi kemenangan besar BN pasca PRU13. Mereka berdua adalah paling sukar untuk dijatuhkan. In Sya Allah.

Bagaimana dengan Mukhriz? PPM melihat Mukhriz sebagai calon yang membawa perjuangan Melayu sejati malah lebih mendekati secara islamik. Ini terbukti dengan cara kerja Mukhriz di Kedah betul-betul mendekati kehendak rakyat Kedah yang tidak mahu penghayatan Islam diabaikan.

Manakala KJ adalah aset kepada Perdana Menteri Najib Razak yang bergitu gigih cuba mendekati bangsa lain, membawa masuk menyokong Barisan Nasional. Sudah tentu gerak kerja KJ mendapat sokongan H20.

Kesimpulannya PPM melihat mereka semua ini adalah aset yang kuat kepada PM dan UMNO BN. Tetapi andai kata PPM diberi peluang memilih antara Mukhriz dengan H20? PPM akan pilih Mukhriz sebagai satu cara menyeimbangkan kekuatan UMNO dan BN. 

Pada PPM pendekatan KJ H20 dan Mukhriz adalah dua perkara berbeza dan berdiri teguh di berlakang PM. tetapi tidak mustahil jika disatukan boleh menjadi aset senjata yang ampuh buat PM. 

Apatah corak peperangan PRU14 masih terlampau jauh untuk benar-benar difahami bagaimana ianya meletus. Tetapi bukankah persiapan dengan penyeimbangan kemampuan aset-aset yang ada, bermakna kita lebih kuat?

Untuk menyatakan siapa yang paling hampir sebagai legasi PM seterus biarlah masa menentukan tetapi buat masa ini hanyalah keseimbangan demi memperkukuhkan parti itu penting jika kita mahu PRU14 masih memberi jawapan yang relevan akan kehadiran UMNO BN sebagai tunggak pemerintah negara tercinta ini.

Namun bergitu dari apa PPM tulis ini, adakah ia benar atau ia akan berubah bersama waktu.? Dan jika ini benar...adakah ini suara sebenar akar umbi umno?

Yang pasti, percaya dan yakinlah...ahli-ahli umno akar umbi telah bersuara..
tetapi PPM agak khuatir kepada suaranya yang tidak ingin berubah.. PPM suarakan ini hanya sebagai sebahagian dari ahli yang ingin melihat UMNO terus berdiri teguh. 

Apa-apapun sebagai akar umbi yang setia UMNO BN, kita harus redha jika Qada dan Qadar memberi jawapan yang bukan kemahuan kita, kerana tidaklah mampu kita halangi akan kehendaknya yang lebih sukar untuk kita fahami.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here