Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 5 November 2013

9 Senario Kekalahan UMNO #PRKsgLimau Yang Perlu Diperhatikan

Yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah, tidak ada erti menang moral atau apa-apapun kerana itu ukuran sementara yang jauh untuk dibawa ke PRU14.

Senario 1. Pola Pengundian

pola pengundian di DUN Sungai Limau, betul BN berjaya mengurangkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu. Tetapi dapatkah ini dipertahankan hingga PRU14?

Senario 2. Pendekatan BN Memancing Orang Cina

Keputusan peti undi PDM Bukit Besar yang dikatakan memberi keputusan PAS 1557.. BN 443..majoriti 1114. Merupakan kawasan cina dan sedangkan sebelum hari mengundi BN menjanjikan dana sekolah cina mendapat peruntukan sebanyak RM2.3 juta walhal hakikat sebenar mereka hanya memerlukan RM350,000.

Bukankah cina masih juga protest senyap dan untuk apa kita berjanji lagi dimasa hadapan?

Senario 3.  Campurtangan DAP dalam parti PAS


Faktor ini merupakan penyebab utama BN berjaya meraih undi dari ahli PAS memandangkan hasil dari tinjauan awal mendapati ramai ahli PAS marah dan tidak gemar dengan kerjasama pucuk pimpinan parti yang begitu taksub bersama DAP.


Senario 4. Isu kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina dan melayu kekal mengundi PAS.

Isu ini pada PPM, DSN terpaksa ambil resiko demi masa depan negara berdasarkan perkembangan ekonomi semasa dunia. Memang ini penyebab besar kekalahan BN dan modal besar untuk Pakatan perjatuhkan BN.

Tetapi isu ini bukan dibuat dengan mudah dan telah diambil kira termasuk menghadapi PRK Sungai Limau yang secara tiba-tiba perlu diadakan. Makna kata samada menang atau kalah PKR Sungai Limau kerajaan harus mengenepikan semua itu demi kepentingan utama kepada negara secara keseluruhan.




Senario 5. Pengaruh Datuk Paduka Mukhriz. 

Benarkah kekalahan Sungai Limau menggambarkan kelemahan Mukhriz, ianya perlu dikaji tetapi jangan lupa yang BN telah menang 10 PDM dari 6 PDM pada pasca PRU13. Menjadikan BN menambah kubu kepada 10 PDM berbanding 9 yang kalah. Cuma sekarang bagaimana hendak pertahankan 10 kubu dan merampas bakinya terutama yang majoriti lebih besar orang melayu.


Senario 6. BN Berjaya Mendekati Dan Mendapat Undi Golongan Sekolah Pondok 

Datuk Paduka Mukhriz juga berjaya mendekati dirinya dengan golongan sekolah pondok malah sekolah pondok milik peribadi, sekolah kebangsaan dan sekolah agama berasrama kebangsaan (SABK) mendapat lebih RM5 juta.

Secara tidak langsung Mukhriz berjaya membina satu lanskap politik peribadinya di Kedah yang terkenal dan teramai golongan seperti ini dan sebelum ini mereka lebih kepada PAS.

Senario 7. Kenapa PDM Bukit Besar secara tiba-tiba mempunyai pengundi yang ramai? Ikuti kisah ini:

PADA awalnya saya menerima mesej daripada rakan-rakan bahawa Barisan Nasional (BN) telah menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Sungai Limau.

Keyakinan itu semakin meningkat, apabila satu-satu demi pengumuman dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan BN menang dikebanyakkan kerusi.
Majoriti mencecah sehingga lebih 1,000 undi menunjukkan kedudukan BN semakin teguh berbanding Pas yang kalah di kebanyakan kawasan pengundian.

Ketika hanya tinggal sembilan peti undi untuk dibuka dikira, jumlah undi BN masih mengatasi Pas.
Selepas itu majoriti BN semakin menurun dan apabila peti undi Bukit Choras dan Bukit Besar dibuka Pas terus menjarakkan diri dengan majoriti 1,084 undi.

Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperolehi 10,985 undi, manakala calon Pas, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi.
Turut berkongsi rasa musykil itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

"Di sini timbul persoalan bagaimana satu PDM seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai, sedangkan yang banyak di situ cuma sekolah pondok sahaja dan jumlah penduduk sekitar ratusan orang.''

Ini bermakna terdapat kegiatan mendaftarkan pengundi luar di Bukit Besar kerana ia telah dianggap sebagai kubu kuat. 

Perbuatan sedemikian memang tidak melanggar peraturan SPR, tetapi timbul persoalan apakah perbuatan tersebut boleh diterima sebagai amalan demokrasi. Itulah kelebihan yang ada pada pembangkang kerana pengikut mereka tidak pernah membantah jika dipindahkan ke kawasan mengundi lain.

Senario 8. Mengundi dihari bekerja? 

Besar atau kecil faktor ini tetap tidak boleh diketepikan sebagai faktor mempengaruhi keputusan undi.


Senario 9.   perbalahan dalaman pas kedah antara Fakhrulrazi dan Mahfuz


Faktor ini merupakan penyebab utama BN berjaya meraih undi dari ahli PAS dan yang paling menarik bakal meresap ke Mutamar PAS.

Misi Berani Hijrah Berjaya

Ini adalah antara 9 senario dari pelbagai senario yang lain yang PPM rasa menarik sebagai kayu pengukur kerjayaan atau kekalahan BN di PKR Dun Sungai Limau. Namun bergitu Misi Berani Hijrah sebenarnya telah berjaya.

Momentum ini boleh dikekalkan dan yang paling penting UMNO tidak perlu rasa bersalah atau melutut kepada kaum Cina kerana sesungguhnya kaum cina hanya tahu mengugut untuk mendapat dana. Dan kesombongan mereka masih tinggi.


Juga harus di ingat tumpuan utama DAP adalah memenangi PRN Sarawak sebab itu hari demi hari mereka update serang saraf twit dan facebook, melagakan perbezaan Islam dan Kristian di Sarawak melalui isu khalimah Allah. 

BN agak terjerat dengan situasi mainan DAP dan wajarlah kita meminggirkan sementara memujuk orang cina tetapi sebaliknya lebih peka kepada kepentingan Melayu dan Bumiputera untuk strategi seterusnya demi mempertahankan kedudukan Barisan Nasional.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here