Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 21 November 2013

Kerajaan Berlajawan Berkhidmat Khalid Kompaunkan RM50,000 Keraoke RM1 Kedai Makan Tepi Jalan

Makk aii Dahsyatnya Khalib cari duit untuk Kerajaan Selangor sehingga tergamak kompaun kedai makan tepi jalan RM50,000 kerana kesalahan buka karaoke RM1. Itu belum kisah gerai nasi lemak tepi jalan juga menjadi mangsa kompaun gila babi. Lihat pendedahan maha zalim ini...


Bajet Selangor 2014 yang bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’ dipertikaikan lantaran terdapat rakyat yang ditekan melalui kompaun dan kenaikan cukai di negeri itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, terdapat beberapa rakyat di kawasannya dikenakan kompaun yang ‘tidak masuk akal’ kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Saya bagi contoh, ini dalam kawasan saya ada satu orang kampung yang berniaga nasi lemak dikenakan kompoun RM1000.

“Satu lagi contoh, orang-orang kampung ada karaoke di gerai makan dan kenakan bayaran RM1 untuk satu lagu. Orang kampung nak hilangkan tekanan lepas balik dari sembahyang, nak dengan lagu P. Ramli, nak menyanyi dia bayar satu lagu RM 1 sahaja. Tak ada perempuan-perempuan cantik, tak ada dadah dan minuman keras.

“Apa yang terjadi, dia dikompaun sebanyak RM50,000. Peralatan di gerainya itu baru berapa ringgit, tapi kenapa nak kompoun sampai RM50,000,” soal beliau dalam satu sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Menurutnya, perkataan maslahat yang digunakan dalam tema bajet negeri 2014 itu indah maksudnya namun ia tidak diaplikasikan oleh kerajaan negeri.

“Awak (kerajaan Selangor) nak sebut pasal awak baik kepada rakyat. Kalau dia (peniaga) tiada lesen, baiklah…tapi ajar dia bagaimana nak buat lesen, jangan terus kompoun,” tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, golongan ini wajar diberikan garis panduan mengenai cara bagi mendapatkan lesen perniagaan dengan sah sebelum dikenakan kompaun.

Tambah Budiman, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memperkenalkan beberapa cukai baharu seperti cukai perparitan dan cukai perkuburan juga dilihat menambah bebanan rakyat.

“Saya menerima aduan daripada penduduk yang difahamkan mereka dikenakan taksiran cukai sebanyak RM28,347 bagi tanah berukuran 457 kaki persegi,” kata beliau

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri dan PBT perlu bertindak lebih telus dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan agar tidak membebankan rakyat terutamanya yang tinggal di luar bandar. sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here