Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 6 November 2013

Percayakah 7 Level Terbabit Superimposed Poster Arwah Azizan Dilebelkan Sebagai Tidak Disengajakan

Bila timbul sesuatu kesalahan hingga menjejaskan perasaan keluarga Arwah Azizan boleh hanya dianggap sebagai tidak disengajakan. Bergitu mudah pendekatan PAS untuk menghormati pemergian arwah, sedang dalam kempen PRK Sungai Limau, peribadi arwah dipergunakan sebaik mungkin untuk memenangkan calon PAS yang bertanding. 

Akhirnya setelah berjaya memperolehi kemenangan, tanggungjawap untuk mengambil tindakan kepada individu yang tidak bertanggungjawap hanya dilebel sebagai kes tidak disengajakan.

Walhal kerja-kerja superimposed memerlukan ketekunan dan ketelitian untuk memaparkan grafik yang sama dengan original. Bayangkan berapa lama pereka grafik menggambil masa untuk sesuaian warna, memotong gambar malah mencari bahan. Dalam tempoh melakukan kerja, pereka grafik langsung tidak sedar apa yang diperlakukannya dan akhirnya dilebelkan sebagai tidak sengaja.

Kemudian individu yang meluluskan untuk cetakan dianggap tidak sengaja?

Kemudian individu yang meluluskan bajet juga dianggap tidak sengaja?

Kemudian tugasan individu yang mencetak juga dianggap tidak sengaja?

Kemudian jentera yang bertugas menyebar risalah juga dianggap tidak sengaja?

Kemudian individu yang menatap dan membaca juga dianggap tidak sengaja?

SELAMA PROSES TURUTAN LEVEL INI BERLAKU SI PEREKA GRAFIK DAN EMPUNYA POSTER LANGSUNG TIDAK SEDAR PERBUATAN MEREKA. BERGITU PANJANG MASA BERLALU LANGSUNG TIDAK TERLINTAS DAN YANG PALING MENARIK MOHD AZAM SENDIRI TIDAK TERFIKIR SAMADA PERISTIWA DARI GAMBAR INI PERNAH BERLAKU ATAUPUN TIDAK.

Kesimpulannya tiada apa-apa kesalahan dalam isu ini dan keluarga arwah hanya berputih mata melihat tanpa terkata apa-apa. Ohhh ini satu sinar kemuliaan PAS yang sebenar semenjak berjinak-jinak dengan DAP.

Yang menyedihkan kesilapan yang diakui oleh ahli PAS ini diterjemahkan sebagai perbuatan khianat ahli UMNO oleh pecacai-pecacai PAS. MUDAH BUKAN......



YAN - “Saya tidak terlibat dalam urusan penggunaan gambar superimposed dalam risalah kempen Pas,” kata Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat.

Beliau berkata, pereka grafik mungkin terlepas pandang ketika menyediakan risalah berkenaan.

“Sebenarnya, saya hanya memberi maklumat berkaitan biodata peribadi untuk dibuat profil secara lengkap pada risalah kempen itu. Tetapi pemilihan gambar diuruskan oleh jawatankuasa lain.

“Saya hanya menyemak maklumat peribadi saya dan yang lain diputuskan oleh jawatankuasa berkenaan. Kemungkinan kesilapan itu adalah tidak disengajakan oleh pereka grafik,” katanya pada sidang media di Maahad Tahfiz Al-Fityan, di sini, hari ini.

Mohd Azam bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara berkaitan penggunaan gambar superimposed itu sudah dijawab oleh jawatankuasa induk PRK, baru-baru ini.

“Gambar saya dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak memang banyak, tapi pereka grafik itu mungkin terlepas pandang dan tidak perasan itu adalah gambar yang diedit,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penemuan risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang diubahsuai dianggap sebagai taktik ‘desperado’ untuk mengelirukan pengundi.

Sehubungan itu, Sinar Harian menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.

Sinar Harian pada 29 Oktober lalu melaporkan, Pas mengakui terlepas pandang sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah calon Pas untuk kempen PRK Dun Sungai Limau.

Pengarah Operasi PRK, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, semua urusan mereka bentuk, pengumpulan maklumat dan pemilihan gambar diserahkan kepada kumpulan pereka itu yang sudah biasa melakukan kerja percetakan parti untuk sebelum ini.

Beliau berkata, Pas memberi kepercayaan kepada mereka untuk melakukan semua kerja dan hanya menyerahkan hasil kerja akhir untuk semakan.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here