Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 5 November 2013

PAS Rela Hati Tuntutan Karpal Singh Semua Parti Diubah Suai Keahlian Penuh Bukan Islam

Tahniah kepada PAS memenangi PRK Sungai Limau dari bantuan DAP. Sekarang sudah tibalah masa PAS membalas jasa baik DAP dengan memberi sokongan kepada tuntutan Karpal Singh yang mahukan parti politik PAS turut dikuasi bukan Islam. 

Tidak mustahil nanti parti PAS yang sekarang dimonopoli yang beragama islam perlu membenarkan bukan islam sebagai penyandang jawatan Murshidul Am atau timbalan Murshidul Am. Sebelum inipun PAS telah menerima keahlian bukan islam dan apa salahnya buka sekali jawatan tertinggi kepada mereka. Senario ini adalah merujuk kepada:

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama. 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini. 
“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu. 
“Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya,” katanya dalam sidang media di sini Selasa. 
Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald. 
Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama. 
“Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini,” katanya – Bernama

Setakat ini hanya Harun Taib menyatakan bantahan:

Menurut Harun, asas penubuhan PAS bertunjangkan kepada kesucian agama Islam di mana nilai-nilai murni dalam ajaran tersebut mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Malah, beliau turut mengajak rakyat mengambil iktibar daripada perpecahan dan peperangan yang sehingga kini masih berlaku di negara-negara luar akibat salah faham dan ketidakserasian di antara pelbagai pihak. 
"Islam memang diturunkan oleh Allah SWT untuk menyatukan manusia dari pelbagai agama, kabilah dan kaum. Sebab itu PAS berasaskan kepada Islam, maka Islam itu yang akan dijadikan asas dan panduan semua kaum dan agama di negara kita khususnya. 
"Ia (Islam) mampu menyatu kembali perpecahan dunia hari ini. Dunia hari ini pecah kerana Amerika dan masalah agama. Amerika mengamalkan kapitalisme, China dan Rusia mengamalkan komunis. Begitu juga negara-negara lain.

"Tapi ia menyebabkan dunia berpecah hari ini. Mari kita bersatu di bawah payung Islam yang diturunkan oleh Allah, Allah mencipta pelbagai kaum untuk bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya. rujuk lebih dari sumber
Tetapi dimana suara ahli PAS yang lain, kenapa mendiamkan diri. Adakah mereka berdiam diri tanda terpaksa setuju kerana terhutang budi? rujukcerita ini

Mudah-mudahan hajat akar umbi tercapai menjadikan Lim Guan Eng sebagai perganti Nik Aziz secara langsung dan bukan sebagai kuasa bayangan lagi...

No comments:

Isu Terkini

get this widget here