Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 4 November 2013

#PRKsgLimau Jawapan Kenapa Terlahirnya Ramai Bangang Dalam PAS

Inilah modus operandi yang dinamakan perjuang islam PAS. Mereka tidak pernah memikir atau menerima sebarangnteguran ke atas mempergunakan kanak-kanak sebagai benteng dan jentera memuaskan nafsu.

Akibatnya generasi yang sepatutnya mendapat bimbingan untuk berdikari keatas kemampuan sendiri, bertukar kepada bendul atau bangang tanpa mampu disedari.

Jika kegiatan ini berluasa tidak mustahil suatu masa nanti ada pula jentera berani mati kerana ajaran songsang. Kita sepatutnya mendidik mereka kepada generasi yang boleh membangunkan negara ini dan bukan sebagai jentera pemusnah demi kepentingan ketagihan kuasa individu.

Apa yang pasti, inilah punca perpecahan yang boleh melupuskan empayar melayu islam yang satu-satunya masih berkuasa di dunia ini. Kita harus berani hijrah dari mendidik yang songsang kepada ke jalan yang benar. Kita harus percaya kebaikan mendidik ke jalan yang betul adalah senjata terakhir untuk mengukuhkan empayar melayu islam di dunia. 

Kadang-kadang memanglah kita kecewa kerana gagal mengharapkan sesuatu. Tetapi percayalah apa yang lepas adalah sebahagian ketentuan yang ditakdirkan berdasarkan usaha kita sendiri. Kita kena terima hakikat dengan pandangan positif dan bukan dengan pandangan dendam. Ini semua untuk ABATA yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah demi anak-anak generasi kita mewarisi perjuangan ini.

APAKAH MAMFAATNYA KITA TANAMKAN SIFAT MENCACI MAKI SEPERTI AMALAN PAS

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya,maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya.Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berlaku jahat sesama muslim.

Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti(."
(HR.Muslim) 

1 comment:

lebah hijau langkawi said...

guna juga nas al-quran ye.. banyak lagi ayat2 yg boleh diterokai berkaitan dgn politik..

Isu Terkini

get this widget here