Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 7 November 2013

Video Apa Bezanya Dr Zakir Dengan Anwar

Dr Zakir Naik dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dua tokoh yang terkenal di persada dunia terutamanya berkaitan dengan dialog antara agama (Interfaith dialogue).
Namun kedua-dua tokoh itu mempunyai perbezaan dari segi pendekatan hujah.
Zakir menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain termasuk Bible untuk membuktikan Islam adalah agama agama yang benar.
Sebaliknya, Anwar menggunakan hujah Al Quran, Bible dan kitab-kitab agama lain untuk menunjukkan persamaan antara agama yang akhirnya menjurus kepada pluralisme agama.
Dalam dialog antara agama yang dihadiri Anwar khususnya Kristian, beliau berusaha menyediakan hujah-hujah yang hampir sama dengan penganut agama itu.
Malah, Anwar merupakan tokoh yang bermati-matian mahukan kalimah Allah digunakan penganut Kristian.
Manakala, Zakir tidak pernah menjadikan isu kalimah Allah sebagai topik utama hujahannya. Beliau berusaha mengemukakan dalil untuk membuktikan Islam adalah agama yang benar dan sebab itu beliau sering digelar sebagai pengganti Sheikh Ahmad Deedat.
Zakir lebih berpihak kepada Islam berbanding dengan Anwar.
Dalam isu pengganas Islam, Anwar bersetuju dengan pandangan Barat yang melabel Osama Bin Ladin sebagai pengganas dan penyelesaian kepada permasalahan itu menurut Anwar adalah penerimaan demokrasi dalam dunia Islam.
Sebaliknya, Zakir mempertikai sejauh manakah kebenaran Osama Bin Laden sebagai pengganas kerana beliau tidak pernah mengenalinya.
Lagipun, kata Zakir, beliau tidak boleh melabel Osama sebagai pengganas berdasarkan laporan media massa Barat kerana media itu mempunyai agendanya yang tersendiri.

Sumber AIDC

No comments:

Isu Terkini

get this widget here