Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 27 December 2013

Lim Kit Siang Bongkar Skandal Lebuhraya Utara Selatan Zaman Kawalan Anwar Ibrahim

Hah kali ini Anwar terkena teruk dibelasah Lim Kit Siang. Apa nak kata, sekali dah kerana politik, Anwar pun dibantai kaw-kaw oleh Lim Kit Siang melalui risalah bertajuk ‘Skandal Lebuhraya Utara Selatan’ terbitan 1987.

Entahlah.. Kalau jenis Anwar Ibrahim ini, semua benda dia boleh buat kering walaupun tindakan Anwar sebenar yang paling kerap meninggalkan najis kering semasa zaman dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jika kini mereka menjadikan senjata untuk menyelar kerajaan melalui risalah Skandal Lebuhraya Utara Selatan. 

Yang peliknya kenapa Lim Kit Siang boleh pejam mata dengan apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Anwar, jika dialah menteri yang paling banyak meluluskan konsesi Lebuh Raya?

Merujuk kenyataan Lim Kit Siang 
UEM merupakan syarikat utama mendapat kontrak pembinaan PLUS dengan tempoh konsesi daripada 1987-2017 yang akan mengutip tol berjumlah RM54 bilion dalam tempoh 30 tahun. 
“PLUS adalah projek yang menelan belanja RM3.4 bilion. Pemberikan kontrak kepada UEM menjadi satu persoalan yang tidak terjawab.

Sepatutnya persoalan ini wajip dijawap oleh Anwar sendiri, kerana dialah Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, malah dialah menteri yang paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang masih lagi mengutip tol pada hari ini.

Lebuhraya yang diluluskan ketika tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan ialah Lebuhraya SKVE (1998), Lebuhraya Baru Pantai (1997), Lebuhraya Baru Shahpadu (1996), Lebuhraya Grand Saga (1996), Lebuhraya Besraya (1996), Lebuhraya LDP (1996) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (1994).

Baki lebuhraya ialah Lebuhraya Link Kedua (1994), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (1994), Lebuhraya KESAS (1994), Lebuhraya Elite (1994), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (1994) dan Lebuhraya Metramac (1991).


Jadi kenapa Anwar sendiri tidak menjawap yang syarikat United Engineers Malaysia (UEM) Bhd paling layak mendapat tender diketika berada dalam kawalan kuasa Anwar?

Adakah kerana Anwar sekarang menjadi sekutu peliharaan Lim KIt Siang maka segala dosa-dosa lalu Anwar terkambus bergitu sahaja? INI LAH DUNIA PAKATAN RAKYAT

No comments:

Isu Terkini

get this widget here