Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 15 February 2014

Apa Daya Konsep UBAH Lim Guan Eng Musnahkan Harapan Orang Melayu India Miskin


Komtar digemparkan dengan kehadiran pembeli rumah kos rendah yg tidak berpuas hati dengan harga yg telah dinaikan secara mendadak.

Kumpulan pembeli rumah kos rendah ini berkumpul di tingkat 3 Komtar berhadapan pintu masuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP. Mereka terdiri dari pembeli rumah kos rendah Taman Centrio Avenue di Bukit Gambir dan di ketuai oleh pengerusi kariah masjid Taman Serina Bay dan saudara Lim Tiong Huang.

Mereka berduka cita dengan kenaikan harga rumah kos rendah yg dinaikan dari RM 72,500 sehingga RM 160,000 ia itu sekali ganda dari apa yang dijanjikan kepada mereka. Ini satu kenaikan yg langsung tidak logik dan boleh diterima.

Bagaimana situasi ini boleh berlaku terutama kepada perumahan Kos Rendah. Banyak persoalan dilemparkan kepada MPPP dan pentabiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membenarkan Pemaju projek itu ialah Nuwata Sdn Bhd, dan kontraktor Boon Soon Sdn Bhd melakukan perkara ini dan dibenarkan. Situasi ini seperti menunjukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak prihatin dan menjaga kebajikan rakyat. Beginikah negara kebajikan fan CAT yang dijaja kepada rakyat selama ini.

*** Admin kata kalau macam ni nak jaga rakyat jawabnya rakyat makan kangkung lah setiap hari kalau nak beli rumah KOS RENDAH di negeri ini. Harga boleh naik sekali ganda ni betul2 kejamlah. rujuk sini untuk gambar2 penuh di lokasi

1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak sangat 'Ubah' memang dapat lah. Tu baru satu. Pasti banyak lagi yang menanti.

Isu Terkini

get this widget here