Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 26 February 2014

PEMUDA UMNO PRIHATIN MASAALAH RAKYAT , AMK DAN PEMUDA PAS ADDO ?

 Kini Pemuda UMNO mengorak langkah bergerak seiring dengan kemajuan terkini. Dengan pelancaran klinik dan portal aduan ‘ForTheRakyat’ meningkatkan dan memudahkan rakyat dan warga belia membuat aduan. KUALA LUMPUR 25 Feb. - 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menubuhkan klinik serta mewujudkan portal aduan 'ForTheRakyat' yang dikendalikan oleh Biro Aduan Komuniti pergerakan itu. Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Klinik Pemuda UMNO menjadi platform bagi membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia mengemukakan aduan serta permasalan mereka dengan kehadiran fizikal para pegawai pergerakan berkenaan. 

"Buat permulaaan, klinik itu akan beroperasi dua minggu sekali bermula bulan depan di lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn di sini dan bakal dikembangkan ke seluruh negara jika mendapat respons positif daripada orang ramai. "Aduan yang dikemukakan pula akan disalurkan ke portal ForTheRakyat untuk diambil tindakan oleh biro-biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya dimajukan kepada agensi-agensi terlibat," kata beliau kepada pemberita di sini.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140225/dn_29/Pemuda-UMNO-tubuh-klinik-dan-portal-ForTheRakyat#ixzz2uJrwsSB2

No comments:

Isu Terkini

get this widget here