Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 25 February 2014

Senarai Pengkhianat Yang Berada di sisi Lim Kit Siang


Semakin lanjut usia Lim Kit Siang semakin kurang daya ingatan...

Dia telah lupa bagaimana dirinya sendiri mengkhianati rukun negara dengan melangkau menyangkal khutubah jumaat termasuk ayat Al Quran, bukankah itu antara tergolong kepada pengkhianat perosak perpaduan.

Adakah Lim Kit Siang tidak fikirkan yang Tony Phua bersikap menyangkal fatwa orang islam hanya untuk orang islam sehingga boleh menimbulkan perpecahan di negara ini tidak dianggap sebagai pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang terlupa bagaimana Nurul Izzah, Tian Chua dan Teresa Kok menghina tentera dan polis di lahad datu sehingga sedikitpun tidak pandang nyawa angkatan tentera dan polis kita terkorban, tidak dianggap sebagai pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang lupa bagaimana  DAP beria-ia mempertahan dan memperjuangkan agar mendiang bapa komunis dibawa dan disemadikan di Malaysia tidak dianggap sebagai pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang tidak sedar apa Mat sabu buat sehingga sanggup masuk Mahkamah demi menyelar pengorbanan polis Bukit Kepung dan menggangkat Mat Indera sebagai perjuang dari Parti Komunis Malaya tidak dianggap pengkhianat.

Adakah Lim Kit Siang lupa apa yang dia lakukan semasa 13 mei yang mencetus perperangan antara kaum tidak di anggap pengkhinat.

Adakah Lim Kit Siang siapa Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terlampau banyak onar mereka lakukan di negara ini tidak dianggap pengkhianat.

Seperti Kempen Perpaduan Kaum DAP yang Lim Kit Siang laungkan kononnya cintakan Malaysia sambil  membangkit isu yang boleh memecah belahkan kaum. Membuktikan kempen membenteras pengkhianat ini adalah adalah agenda mengaburi kesilapan Tian Chua, Tony Phua, Lim Guan Eng dan Teresa Kok yang tertekan dengan kemarahan orang melayu. Semuanya ada agenda sulit tersembunyi demi cita-cita menuju ke Putrajaya.

Apa jua mereka cakap sekadar sebelum dapat kuasa tetapi bila dapat kuasa, lihatlah bagaimana nasib kaum india dan melayu di Penang tertindas oleh DAP..


No comments:

Isu Terkini

get this widget here