Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 14 February 2014

Teresa Kok Makin Kuat Mencabar Kesabaran Orang Melayu

Buat Apa Hendak Minta Maaf. Itulah kata-kata Teresa Kok mencabar kesabaran rakyat Malaysia terutama orang-orang melayu dan islam. Inilah kosep petualang sebenar DAP dari mulut sahaja melaungkan kempen perpaduan kaum di antara rakyat Malaysia.

Mereka mendesak hentikan perbalahan agama tetapi mereka juga sering memanaskan isu Khalimah Allah bila semakin reda..

Mereka laungkan perpaduan kaum tetapi petualang DAP yang biadap juga menghina mengejek orang-orang melayu malah berani menyentuh batasan mempertikaikan islam.

Mereka juga yang terkinja-kinja terlonjak-terlonjak memekik cintakan Malaysia tetapi mereka juga menghina anggota tentera dan polis yang terkorban nyawa hanya untuk mempertahankan negara yang mereka lafazkan rasa cinta sangat.

Mereka juga ke hulu ke hilir, memekik-memekik We All Love Malaysia dan kembali bersatu tetapi merekalah yang mengamalkan sifat pilih kasih dan mendera kehidupan orang melayu di Pulau Pinang dan Selangor. Lihatlah apa yang mereka buat ketika orang-orang kita ingin bekerja berniaga demi sesuap nasi?

Walhal untuk memohon maaf bagi seseorang yang pentingkan perpaduan dari ego diri bukanlah satu yang susah terutama buat seorang pemimpin yang perjuangkan erti perpaduan.

Tetapi kalau kita lihat cara dan pendekatan Teresa Kok ini. Adakah boleh dikatakan ikhlas memperjuangkan perpaduan kaum?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here