Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire." (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).
Dalam pada itu, Mohd. Razlan juga memberitahu, pihaknya akan menayangkan video tersebut kepada orang ramai di setiap bahagian bagi mendapat maklum balas rakyat selepas menontonnya.
Kita akan membuat kajian sikap, adakah mereka merasakan video itu meningkatkan semangat perkauman atau sebaliknya.
Jika keputusan kajian menunjukkan penayangan video tersebut mampu menimbulkan kemarahan serta menyemai semangat perkauman, Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Teresa..
No comments:
Post a Comment